aSSaLaMuaLaiKuM..WeLCoMe To De IeMaN HeRbS..

PuSaT LaTiHaN DaN RaWaTaN HoLiSTiK NuRuL iMaN

PeRaWaTaN DaN PeRuBaTaN HoLiSTiK



@ SESI DIAGNOS DAN KAUNSELING

@ IRIDOLOGI (DIAGNOS MATA)

@ RAWATAN BEKAM AL-HIJAMAH (CUPPING - ANGIN DAN DARAH)

@ KIROPRAKTIK (RAWATAN TULANG BELAKANG)

UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN SILA HUBUNGI HJ. RAMLY 013-3713500 DAN PN LAINI 013-2219722 UNTUK TEMUJANJI..TERIMA KASIH

KuRSuS BeKaM aL-HiJaMaH DaN iRiDoLoGi

Photobucket

KuRSuS BeKaM aL-HiJaMaH

TaRiKH : aKaN DaTaNg

MaSa : 9 pagi – 5 petang

BaYaRaN : RM300.00 (YuRaN,SiJiL,SeT BeKaM DaN NoTa)

KuRSuS iRiDoLoGi

TaRiKH : aKaN DaTaNg

MaSa : 9 pagi – 5 petang

BaYaRaN : RM150.00 (YuRaN,SiJiL, NoTa, PeNLiGHt, CaRTa MaTa & MaKaN TeNGaHaRi)

TeMPaT: - JiKa BeRMiNaT uNTuK MeNYeRTai KuRSuS..SiLa eMaiLKaN oR MSJ.. NaMa dan No. IC ke deiemanherbs@yahoo.com atau 013-3713500[HaJi Ramly Ahmad].. atau search facebook De Ieman
SiLa JeLaSKaN BaYaRaN DePoSiT RM50.00 SeLePaS BeRi NaMa DaN No.iC Ke aKauN [BiMB 12092020171412] [CiMB 14420070274524]

Thursday, October 29, 2009

KaeDaH TeRaPi uTK GouT

Gout adalah penyakit yang biasa kita dengar. Pada zaman feudal di Eropah, dahulu ramai golongan bangsawan yang menghidap penyakit ini sehingga penyakit ini dikenali sebagai “disease of the king” atau kata lainnya penyakit orang kaya. Penyakit ini terjadi disebabkan oleh makanan yang mengandungi protein yang tinggi serta banyak mengandungi purina.

Makanan seperti daging, hati, limpa dan bahagian-bahagian organ dalaman yang lain haiwan ternakan mengandungi protein yang tinggi amat digemari oleh golongan atasan dan orang kaya sehingga menyebabkan penyakit gout.

Jika kita kerap memakan makanan seperti ini, besar kemungkinan kita akan mendapat penyakit gout. Selain daripada itu, pengambilan alcohol seperti bir, minuman malt dan makanan yang dihasilkan daripada kekacang juga boleh meningkatkan risiko seseorang itu mendapat gout. Ini disebabkan makanan seperti ini boleh meningkatkan tahap asid urik di dalam tubuh badan.

Di Malaysia kini, ramai rakyat terutama golongan lelaki menghidap gout. Ini disebabkan oleh mereka kerap memakan makanan yang tinggi protein seperti makanan daripada sumber daging dan organ-organ dalaman haiwan. Selain itu makanan dari jenis kerangan dan lain-lain makanan laut juga boleh meningkatkan risiko penyakit gout.

Mengikut kajian penyakit gout menyerang lelaki sembilan kali lebih kerap berbanding dengan wanita, ini kerana tubuh kaum wanita pada usia sebelum menopaus menghasilkan hormon yang dapat mengekalkan pengeluaran serum asid urik yang tinggi. Gout adalah penyakit yang disebabkan oleh metabolisme yang songsang oleh kerana terlalu banyak memakan makanan yang berasaskan sumber protein. Selain dari itu, tubuh badan juga akan mengeluarkan asid urik yang banyak jika kita kurang bersenam.

Bila asid urik telah berkumpul dengan banyak di dalam badan. Badan kita tidak dapat menyahkan asid urik melalui sistem urin (air kencing). Lama kelamaan tahap asid urik yang tinggi ini akan membentuk kristal di bahagian sendi. Jika pemakanan tidak diubah dan senaman dilakukan, asid urik ini membentuk kristal di sendi tulang akan mula menonjol dan boleh dilihat sebagai satu gumpulan pada sendi. Gumpulan pada sendi tangan dan kaki ini boleh merebak ke lain-lain sendi di seluruh badan.
Gumpulan pada sendi jika dibiarkan akan lama kelamaan menyebabkan rheumatoid arthiris dan radang sendi. Mereka yang menghidap gout akan merasa sangat sakit bila serangan ini merebak.


Risiko buah pinggang tidak berfungsi

Jika mereka yang menghidapi gout tidak mengubah cara hidup dan tetap mengambil makanan daripada jenis yang tinggi protein dan purina, akibatnya akan lebih teruk. Ramai pesakit gout akan menghidapi sakit darah tinggi dan batu karang pada buah pinggang. Jika keadaan ini berterusan tanpa usaha untuk mengubati, pesakit juga akan menghadapi risiko buah pinggang yang tidak berfungsi dan terpaksa bergantung kepada mesin dialisis.

Penyakit gout amat mudah diatasi jika kita mempunyai disiplin dari segi pemakanan. Amalan pemakanan sihat amat penting supaya kita dapat mengelakkan penyakit ini daripada merebak.

Kita perlu menukar cara pemakanan dengan melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengelakkan pengambilan makanan yang tinggi dengan protein seperti daging dan organ-organ dalaman haiwan ternakan seperti limpa, hati dan jantung.

Dengan mengubah diet lebih kepada sayur-sayuran dan buah-buahan, lama kelamaan kristal gout dapat dilarutkan dan dengan ini secara tidak langsung penyakit gout itu dapat dikawal dan diubati. Mereka yang menghidap gout juga perlu meminum air yang banyak iaitu 8 hingga 10 gelas (2-3 liter) sehari. Ini penting kerana dengan meminum air yang banyak kita dapat mengurangkan lebihan asid urik yang terdapat di dalam badan menerusi pembuangan urin.


KLiK uNTuK iNFo LaGi

Monday, October 26, 2009

PeMaKaNaN YaNg MeNiNgKaTKaN iMuNiTi

Vitamin B Kompleks
Kumpulan vitamin B sangat penting dalam proses penukaran tenaga daripada makanan menjadi tenaga yang diperlukan. Seluruh vitamin B iaitu Thiamin (B1), Riboflavin (B2), Asid Pantotenik (B5), Asid Folik (B9) dan Cobalamin (B12) berfungsi bersama sebagai satu unit dan saling membantu untuk melakukan tugas dengan baik. Sebagai contoh, vitamin B9 (Asid Folik) bersama dengan vitamin B12 (Cobalamin) dapat menghasilkan sel DNA yang sihat. Kajian yang telah dijalankan mendapati kekurangan Asid Folik yang berterusan boleh menyebabkan kerapuhan DNA dan seterusnya menyebabkan peningkatan mutasi dan kesilapan replikasi DNA sehingga memberi peluang sel-sel kanser terbentuk.

Selenium
Selenium adalah mineral penting yang bekerja sebagai komponen antioksidan enzim Glutathion Peroside. Ia bergabung dengan beta karotena untuk menghalang kerosakan membran sel oleh radikal bebas. Selenium juga membantu mempercepat pengeluaran antibodi dan meningkatkan keupayaan makrofaj dan sel-sel pembunuh bacteria dan tumor. Kajian mendapati bahawa penduduk yang hidup di kawasan yang tanahnya mempunyai seratus kejadian kanser yang rendah.

Selenium memudahkan penyingkiran raksa dan kadnium daripada tubuh badan. Bentuk selenium yang terbaik ialah selenomethionin yang diekstrak daripada tumbuhan laut yang kaya dengan selenium.

Magnesium
Magnesium diperlukan untuk pengeluaran antibodi oleh limfosit B dan mengawal metabolisme vitamin C dan kalsium. Paras magnesium yang rendah boleh menjejaskan kecekapan kedua-dua nutrient tersebut.

Diet yang mengandungi fosfor yang berlebihan (makanan daripada sumber daging, makanan yang diawetkan dan minuman ringan) akan menghalang penyerapan magnesium dan zink.

Zink
Zink diperlukan untuk mengeluarkan hormon-hormon thymus yang akan membantu pematangan limfosit terutama limfosit T. Kekurangan mineral ini akan mempengaruhi tindak balas sistem imun.

Paras zink yang rendah lazimnya ditemui pada pesakit kanser paru-paru dan kanser prostat. Ini menunjukkan adanya hubung kait antara kemerosotan sistem imun dengan paras zink yang rendah di dalam tubuh.

Kalsium
Kalsium diperlukan untuk mengikat garam hempedu dan asid lemak yang dapat merosak alas epitel kolon dan menyokong penggandaan sel dengan cepat. Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati penambahan kalsium sebanyak 1200-1500 miligram sehari mempunyai hubung kait dengan pengurangan polip adenoma kolon (suatu ketumbuhan jinak yang boleh berubah menjadi berbahaya). Bentuk kalsium yang paling baik ialah kalsium yang terikat seperti kalsium gluconate, kalsium lactate dan kalsium aspartate.

Asid Gama Linolenik (GLA)
Asid Gama Linolenik (GLA) merupakan salah satu daripada asid-asid lemak perlu. Kita seharusnya boleh memperoleh ia daripada minyak sayur yang tidak diproses di dalam diet seharian. Walau bagaimanapun, kebanyakan minyak sayur pada masa ini telah diproses sehingga paras GLA dalam minyak sayuran tidak mencukupi.

GLA amat berkesan untuk menentang virus yang mempunyai membran berlemak. Kemampuan antivirus dalam air susu ibu sebahagian besarnya disebabkan kandungan GLA dan kolostrum. Ia juga diperlukan untuk mencipta interferon – molekul penentang virus. Penurunan pengambilan EFA (Essential Fatty Acid = Asid Lemak Perlu) didapati selari dengan peningkatan masalah gangguan sistem imun seperti jangkitan virus, keletihan pasca virus, sindrom penyakit lelah, alahan arthritis rheumatoid dan lainnya.

Beta Glucan
Ia merupakan polisakarid semula jadi berantai panjang dan merupakan perangsang imun yang mujarab dan bersifat anti kanser. Ia mendorong makrofaj dan sel-sel pembunuh kepada keadaan yang bersedia untuk bertindak. Beta Glucan juga boleh merangsang pengeluaran sitokin dari makrofaj untuk menentang sel-sel kanser.


KLiK uNTuK iNFo LaGi

MaNFaaT TiDuR uNTuK KeSiHaTaN

Jangan pandang mudah pada keperluan tidur. Kadang-kadang orang salah anggap, tidur hanya membuang masa. Biar tidak cukup tidur asalkan masa terisi dengan kerja-kerja yang bertimbun. Hakikatnya selagi kita bekerja, kerja memang takkan habis. Setiap hari, pasti ada saja kerja yang perlu dilakukan.

Jika anda tergolong dalam golongan yang lebih senang mengabaikan waktu tidur untuk menyiapkan kerja, mulai dari hari ini buanglah tabiat tersebut. Memang baik jika kita focus pada kerja tapi biarlah berpada-pada. Masa tidur juga penting. Ini kerana, ketika tidurlah tubuh kita bekerja keras membaiki sel-sel dan jaringan tubuh yang rosak.

Otak juga sibuk mengisi ruang memori dengan berbagai-bagai hal yang telah anda alami dan pelajari sepanjang hari tersebut. Tetapi, tidur yang dimaksudkan ini tentulah tidur yang berkualiti. Tidur memberi manfaat pada organ-organ vital manusia seperti kulit, mata, otak, paru-paru dan jantung.

Kulit
Sepanjang waktu tidur, tubuh mengeluarkan hormon pertumbuhan manusia (human growth hormone) dan melatonin. Fungsi kedua-dua hormon ini berkait rapat dengan kecantikan dan kesihatan. Antaranya adalah untuk memperbaiki sel-sel tubuh, mencegah penuaan dan mengembalikan keremajaan kulit yang semakin haus. Kalau tidak percaya, bezakan kulit mereka yang sering tidak cukup tidur dan yang cukup tidur. Biasanya orang yang cukup tidur mempunyai kulit yang lebih bermaya, sihat dan segar berbanding mereka yang tidak cukup tidur kelihatan lebih tua dari usia dari usia dan lesu sahaja.

Mata
Mata merupakan organ pertama manusia untuk memulakan hari. Celik sahaja mata di awal pagi, cahaya terang yang masuk menerusi anak mata akan member signal pada tubuh untuk memulakan aktiviti dan rutin seharian.

Menggunakan organ ini seharian, membuatkan otot-otot di sekitar mata tertarik-tarik ribuan kali mengikut ekspresi wajah sama ada sedih, gembira, senyum, masam dan sebagainya. Itulah sebabnya, di sekitar mata lebih mudah dikesan kerutan-kerutan atau garis-garis halus menandakan bermulanya tanda penuaan.

Untuk mengelakkan mata anda ‘dihiasi’ garis-garis halus ini, berilah peluang pada mata anda untuk berehat secukupnya. Hanya melalui tidur, mata anda dapat berehat dengan baik.

Otak
Ketika kita tidur, beberapa bahagian tertentu dari otak akan bekerja dengan lambat. Ini kerana, metabolisme glukosa juga berkurang dan lambat. Namun, di bahagian tertentu, ada beberapa organ yang bekerja dengan aktif seperti, hormon-hormon yang ada di dalam otak. Hormon-hormon ini bekerja dan menyebabkan otak diperbaiki. Hormon kortisol, iaitu hormon di bahagian otak yang berhubung dengan stres dan mood, bekerja sangat aktif dari malam hingga ke pagi hari.

Tidur juga memberi peluang pada serebral korteks untuk memperbaiki fungsinya. Serebral korteks adalah bahagian dari otak yang digunakan untuk tugas-tugas menyimpan memori, visual atau membayangkan hal-hal yang sudah dilakukan sebelum tidur. Jadi, biasakan diri bangun di awal pagi untuk memudahkan kita berfikir dan menyelesaikan masalah kerana di awal pagi otak kita masih segar dan aktif untuk bekerja.

The National Sleep Foundation di Amerika Syarikat telah menemui fakta jika seseorang kurang tidur selama satu atau dua jam setiap hari, lama kelamaan fungsi otak akan rosak. Ubat mujarab untuk mengelakkan hal demikian berlaku hanya satu sahaja, iaitu tidur.

Paru-paru
Baik dalam keadaan jaga mahupun tidur, udara akan masuk ke dalam tubuh melalui mulut dan hidung, melalui saluran pernafasan dan akhir sekali ke paru-paru. Bila udara mengalir dengan baik ke paru-paru, fungsi organ ini akan terjaga dengan sempurnanya.
Menurut Dr. Olga Parra, dari University Hospital Barcelona, Sepanyol, kesukaran tidur boleh menimbulkan risiko strok. Penyebabnya, adalah gangguan berkala ketika mengambil nafas. Ternyata gangguan tidur merupakan gangguan pernafasan selama tidur kerana terhalangnya aliran udara yang masuk ke dalam paru-paru.

Untuk kekalkan kesihatan paru-paru anda, lakukan aktiviti apa pun agar tubuh yang aktif bergerak akan mencapai puncak kelelahan pada malam hari, sehingga waktu tidur lebih nyaman dan berkualiti. Masalah gangguan pernafasan sekali gus dapat diatasi.

Jantung
Jantung adalah organ vital yang tidak pernah berhenti berfungsi 24 jam sehari walaupun dalam keadaan tubuh berehat ketika tidur. Cuma ketika tidur tubuh akan melambatkan degup jantung secara automatik. Ketika itu pembuluh-pembuluh darah akan mengembang dan menurunkan tekanan darah.

Biasanya, tekanan darah akan turun di sekitar jam dua tiga pagi. Menurut pakar, biasanya serangan jantung boleh berlaku sekitar enam jam pertama setelah bangun pagi disebabkan oleh perubahan hormon yang berhubungan dengan degup jantung.

Tidur yang cukup akan memperbaiki mood tubuh pada hari berikutnya. Kajian menunjukkan apabila seseorang kurang tidur, tekanan darahnya akan naik dan dalam masa yang sama moodnya juga tidak berada dalam keadaan yang baik. Begitu juga dengan denyutan jantungnya. Tetapi, setelah mendapat tidur yang cukup, secara automatik semuanya kembali dalam keadaan yang normal.


KLiK uNTuK iNFo LaGi

Wednesday, October 21, 2009

RaDiX PiZZa HouSe

Satu lagi sejarah dilakar oleh HPA di mana restoran Radix Pizza House (RPH) yang dinanti-nantikan oleh para pengedar HPA telah pun mula beroperasi pada 17 hb Oktober 2009 bertempat di Lagenda Heights Sungai Petani. Restoran ini menyediakan masakan pizza seperti rendang pizza, satay pizza, tandoori chicken pizza dan lain-lain serta masakan western food seperti spaghetti. Waktu perniagaan juga adalah sama seperti rangkaian restoran HPA yang lain iaitu bermula jam 9.00 pagi sehinggalah jam 11.00 malam


KLiK uNTuK iNFo LaGi

Monday, October 19, 2009

~KeKaL SeLaMaNYa~

Diriwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu.

Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja.

"Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja.

"Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab orang itu.

Tanya raja, "Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?"

"Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati." Jawab mereka.

"Segera katakan apakah itu." Desak raja.

"Syurga dan Allah pemiliknya," jawabnya tegas.

Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah, raja itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah.


KLiK uNTuK iNFo LaGi

Thursday, October 15, 2009

aMaRaN!!! MaSTeR RaDiX




Kemunculan kopi Radix yang dikatakan baru dpasaran, dan ditulis sebagai MASTER RADIX, adalah kopi pracampuran yang palsu dan diciplak. Walaupun tiada logo HPA, namun RADIX adalah trademark HPA . Kenapa pula ia diciplak seperti sama dengan kopi RADIX?: Terdapat beberapa perkara yang ditiru oleh Master Radix yang kononnya Master kepada Radix dan produk Original.

1. Tagline “Mai Secawan” ditukar kepada “Mai Satu Lagi”
2. Warna sama
3. Radix mempunyai sinergi 7 herba namun Master Radix ditambah satu herba menjadikan 8 herba.Kandungannya diragui.

Kepada rakan-rakan seperjuangan HPA, harap kita dapat gempur produk palsu ini. Bukan soal persaingan namun soal halal&haram masih teguh menjadi perjuangan HPA dan soal keselamatan pengguna yang menggunakan produk palsu. Jika mendatangkan mudarat,bukankah itu akan membahayakan pengguna.

Maklumkan kepada penjual-penjual di warung-warung,kedai-kedai kopi, bahawa Master Radix adalah palsu. Kepada pengguna, jangan hanya disebabkan harganya murah ia menjadi pilihan. Soal kesihatan anda perlu diambil berat. Bahan-bahan yang digunakan diragui. Kopi Radix mempunyai sinergi 7 herba yang berkhasiat. Minum dijadikan ubat,jika tidak sakit sekalipun, dijadikan minuman kesihatan.

AMARAN !!

* Kami tidak takut akan persaingan namun tolong hormati kami yang memperjuangkan produk Muslim yang halal. Isu halal&haram belum habis dan tak pernah habis. Itulah anatara perjuangan kami!Gempur!

* Jangan tiru dan ambil populariti RADIX atau mana-mana produk HPA. Jika benar-benar ingin bermain dalam arena Perniagaan, Buatlah produk sendiri,identiti sendiri.

* Jangan gunakan gambar masjid atau nama-nama islam untuk dieksploitasikan bagi lariskan produk yang datangnya bukan dari tangan Muslim. Kami akan tentang habis-habisan!.


Sumber:Dari blog2 pemimpin dan ahli yang memperjuangkan HPA..gempur radix.INSYAALLAH!!


KLiK uNTuK iNFo LaGi

Wednesday, October 14, 2009

CoKLaT RaDiX


Satu lagi produk kita muncul di pasaran iaitu coklat koko. Kelazatan koko asli dapat dirasai tanpa pewarna atau aroma sintatik. Koko juga banyak kelebihannya kerana mengikut kajian, mereka yang sering minum koko kurang diserang serangan jantung. Koko juga mempunyai pengaruh emosi dan di Barat mereka menjadikan koko sebagai bahan afrodisiac.

Buat masa kini HPA telah berjaya menghasilkan 2 produk utama daripada koko iaitu Radix koko dan coklat koko. Semoga peminat koko selamat daripada penggunaan bahan lemak dalam coklat yang diharamkan. Kita menyediakan altenatif perubatan dan yang halal di HPA. InsyaAllah.Amin


Sumber: JawiHerbShop.blogspot.com


KLiK uNTuK iNFo LaGi

~HaSRaT HPA~


KLiK GaMBaR uNTuK BeSaRKaN..


KLiK uNTuK iNFo LaGi

Monday, October 12, 2009

aPaBiLa aNDa ????

Kebanyakan manusia gagal dlm hidup bukan kerana mereka tidak mampu menghadapi & mengatasi cabaran tetapi kerana manusia itu sendiri takut & lari daripada menghadapi cabaran….

Kebijaksanaan tidak akan bertunas di hati yg keras, sebagaimana benih tidak boleh subur di atas batu..


Apabila anda mengubah pemikiran anda
Anda mengubah kepercayaan anda

Apabila anda mengubah kepercayaan anda
Anda mengubah jangkaan anda

Apabila anda mengubah jangkaan anda
Anda mengubah sikap anda

Apabila anda mengubah sikap anda
Anda mengubah tabiat anda

Apabila anda mengubah tabiat anda
Anda mengubah prestasi anda

Apabila anda mengubah prestasi anda
Anda mengubah kehidupan anda… !!!


KLiK uNTuK iNFo LaGi

aSaL uSuL SoLaT

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun


KLiK uNTuK iNFo LaGi

Thursday, October 8, 2009

PeRTaNYaaN iBLiS LaKNaTuLLaH

Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.

1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air (tandas)."

2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid, surau), dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan (pusat membeli-belah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."

3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak, lagu, puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).

4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta (bohong atau yng berkaitan dengannya)".

5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."

6. Tanya iblis lagi: "Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebih kurang sama dengannya."

7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al-Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisan bagiku?." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu, tatu, tahi lalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya).

8. kata iblis: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu perangkap-perangkap. Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita."

9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?. "Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah."

10. Kata iblis: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku? "Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan denhan nama Allah."


KLiK uNTuK iNFo LaGi

uCaPKaN LaH . . .

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di laut.

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersasul perkataan yang tidak patut

4. Mengucap InsyaAllah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,mudah-mudahan ingat, walaupun lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walaupn sambil lalu, mudah-mudahan jadi mudah, kerana sudah biasa.


KLiK uNTuK iNFo LaGi

MaRi BeRSaMa HPA

Photobucket
Senarai barang dalam Kit Niaga.
1. Fail Kit Niaga.
2. Borang Permohonan.
3. Kad Kuasa sementara. (Kad Eksklusif akan diterima dalam 2 minggu)
4. Pelan Pemasaran.
5. Senarai harga produk.(kini terdapat 261 produk pelbagai jenis)
6. Senarai Cawangan, Pusat Jualan dan Stokis.
7. Sijil-sijil.
Photobucket
Keistimewaan menjadi ahli HPA:
1.Yuran keahlian RM30.00 (Tiga Puluh Ringgit Malaysia sahaja) seumur hidup.
2.Kit ini boleh dibeli melalui pengedar-pengedar HPA,Cawangan HPA, Stokis HPA.
3.Katalog berjilid.
4.Perniagaan ini boleh diwarisi.
5.Peluang menikmati pelbagai bonus dan insentif yang disediakan. Terdapat 11 ganjaran bonus hebat dari HPA.
6.Diskaun harga untuk semua produk dari 20% – 25%.
7.Peluang menambah ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi, kiropraktik, ilmu diagnos penyakit melalui tapak tangan, iridologi (anak mata), lidah dan denyutan nadi.
8.Pelan pemasaran yang begitu mudah adil dan sukses.
9.Berpeluang melabur dalam Koperasi Wahida HPA. Anggaran pulangan 10-25%.
10.Berpeluang menjana pendapatan 5 Angka menerusi Program Perkongsian Bijak Cemerlang HPA.
11.Dapat bersama-sama merpertingkatkan ekonomi Muslim

CaRi De IeMaN