KLiK uNTuK iNFo LaGi
TARIKH: 31 hb DISEMBER, 2011 [SABTU]
KHASIAT HERBA PUERARIA MIRIFICA
1. Menstabilkan hormon estrogen.
2. Agen anti-penuaan untuk kulit berkedut
3. Menghitamkan rambut beruban dan melebatkan rambut.
4. Membantu meningkat selera makan
5. Membantu menambah tenaga dan meningkatkan semangat.
6. Membantu memulihkan daya ingatan.
7. Melancarkan perjalanan darah.
8. Membantu mengatasi masalah sukar tidur.
9. Membantu memantapkan payudara.
1. Herba Pueraria mirifica merupakan tumbuhan herba yang sangat terkenal dengan khasiatnya yang pelbagai. Hasil kajian saintifik menunjukkan herba ini dapat mengembalikan keremajaan khususnya untuk wanita. Bertindak dari dalam untuk menyerlahkan kecantikan dan kesihatan dalaman serta luaran yang menyeluruh, dari hujung rambut ke hujung kaki.
2. Kelebihan utama herba Pueraria mirifica adalah mengimbangkan hormon estrogen untuk
memelihara ciri-ciri kewanitaan seorang wanita. Hormon estrogen merupakan kunci utama di dalam kesuburan seorang wanita. Ia menyerlahkan sifat kewanitaan serta membantu dalam membentuk tubuh badan wanita.
3. Antara lain kelebihan herba Pueraria mirifica adalah sebagai agen anti-penuaan di mana ia dapat membantu mengurangkan masalah kedutan pada kulit dengan menegangkan dan menghaluskan struktur kulit. Kedutan pada kulit akan berkurangan dengan berkurangnya garis-garis halus, sekaligus menjadikan anda tampak lebih muda.
4. Di samping itu, Pueraria mirifica juga dapat melebatkan rambut dan melambatkan uban. Rambut akan tampak lebih sihat dan bersinar. Ia juga dapat membantu menambah tenaga dan meningkatkan semangat, supaya lebih cergas menjalani kehidupan seharian.
5. Tumbuhan herba ini juga berkhasiat untuk menambahkan selera makan, membantu memulihkan daya ingatan serta melancarkan perjalanan darah. Ia juga dapat membantu masalah sukar tidur, supaya dapat tidur lebih lena pada waktu malam.
6. Herba Pueraria mirifica ini juga dapat mengangkat dan menganjalkan kembali payudara yang telah kendur akibat daripada proses penuaan. Payudara akan menjadi lebih pejal dan mantap, menjadikan anda kelihatan lebih muda berbanding usia sebenar.
7. Kesimpulannya, herba Pueraria mirifica merupakan tumbuhan herba yang sangat berguna bagi golongan wanita untuk memelihara kesihatan agar kekal cergas dan bertenaga, di samping kelihatan menarik dan lebih muda daripada usia sebenar.
Pengambilan untuk dijadikan amalan pemakan bagi wanita yang sudah berumah tangga dan warga emas :
AWAS!!! ::: 1 Kapsul untuk 3 hari :::
PUERARIA
HARGA PASARAN: RM55.00
(1 KOTAK MENGANDUNGI 10 BOVINE KAPSUL)
UNTUK KETERANGAN LANJUT HUBUNGI:
PN LAINI 013 221 9722
BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH KERANA NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH
Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solatnya. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu TAJWID. Bukan setakat bacaannya saja yg rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yg wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.
Nama-nama syaitan:
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNA'K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA'K
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS
6. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti
7. AMIN...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN.... 3 harakat.
Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin para malaikat..... Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.
Perhatian;
Sebarkan hukum Allah walaupun sepotong ayat semoga kita mendapat
rahmatNya..... =)
Spirulina (arthospira) ialah sejenis algae biru-hijau iaitu tumbuhan hijau mikroponik yang dipercayai diantara yang terawal dicipta di atas muka bumi ini. Setelah manusia mengetahui segala khasiat yang ada padanya, maka ia telah mula dijadikan makanan kesihatan. Ia telah lulus dan menepati piawaian kualiti makanan antarabangsa dan piawaian keselamatan.
Dewasa ini hampir setiap hari sebahagian besar manusia terdedah kepada pencemaran yang bersumber dari asap, debu, bahan-bahan kimia dan makanan olahan. Kebanyakan daripada makanan yang dimakan oleh manusia boleh menyebabkan penompokan toksid dalam badan dan meracuni tubuh dalam masa yang panjang. Akibatnya timbullah bermacam-macam masalah kesihatan seperti kanser, sakit jantung, menurunnya imuniti dan fungsi organ menjadi lemah.
KLOROFIL
Warna hijau yang terdapat pada spirulina ini menunjukkan ia mengandungi kadar klorofil yang tinggi, ianya berfungsi sebagai pencuci alami untuk nyahtoksid. Kesan dari pengamalan spirulina menunjukkan ginjal terselamat dari keracunan logam berat dan kesan dadah dari ubatan moden. Ia juga bertindak sebagai pencuci kolon yang menyingkirkan keracunan.
PENGHADAMAN DAN PENCERNAAN
Spirulina adalah makanan kesihatan terbaik, terutama bagi golongan tua dan mereka yang menghadapi masalah pencernaan kerana ianya tidak mempunyai selulos pada dinding selnya. Ia terdiri dari mukopolisakarida lembut yang mana kadar penyerapannya 85 ~ 95% lebih baik daripada susu tepung (mengandungi asid laktik yang sukar diserap).
Spirulina juga bersifat pelawas, dapat menghindarkan sembelit. Disamping itu spirulina menolong menghidupkan mikrob lactobacillus dan membantu mengatasi masalah penghadaman dan penyerapan. Pengambilan spirulina menyebabkan rasa kenyang dan mempercepatkan masa transit makanan dalam gastrousus. Di Jepun, 30 lelaki yang tinggi kolestrol, menghidap darah tinggi dan hyperlipidermia menunjukkan penurunan kolestrol, triglyceride dan LDL selepas mengambil spirulina selama 8 minggu tanpa mengubah diet mereka.
β-KAROTEN
Βeta karoten ialah bahan antioksidan yang bertindak secara sinergi bersama vitamin, mineral dan polynutrien bagi mengelakkan kanser. Beta karoten juga diperlukan untuk penglihatan. Vitamin A jika diambil berlebihan boleh menjadi toksid. Berbeza dengan beta karoten yang terdapat di dalam spirulina, ia hanya akan ditukarkan kepada vitamin A oleh tubuh bila diperlukan saja. Spirulina didapati mengandungi 10 kali ganda beta karoten berbanding karot dan 2 kali ganda berbanding lobak.
Seseorang memerlukan 5000 IU beta karoten setiap hari. 10gm spirulina dapat menghasilkan 23,000 IU dengan kelebihan 460%.
ANEMIA
Zat besi diperlukan untuk pembentukan sel darah merah dan menguatkan sistem imuniti. Kekurangan zat besi mengakibatkan terjadinya penyakit anemia terutamanya pada kanak-kanak dibawah umur 2 tahun, remaja perempuan, ibu mengandung dan orang tua.
Spirulina mengandungi zat besi yang tinggi. Setiap 10 gm spirulina membekalkan 10mg zat besi dan ini merupakan 55% daripada keperluan harian. Zat besi spirulina mudah diserap oleh tubuh manusia kerana ada pigmen biru yang dikenali sebagai phycocynin. Kadar penyerapannya 2 kali ganda berbanding dengan zat besi yang terdapat dalam sayur-sayuran dan daging.
Kekurangan vitamin B 12 (cyanocobalamin) juga menyebab berlakunya kurang darah (anemia). Agak sukar untuk mendapatkan vitamin ini daripada tumbuh-tumbuhan melainkan daripada spirulina. Ianya amat berguna untuk pembinaan sel darah merah, sum-sum tulang dan sistem saraf.
PROTEIN
Protein yang terdapat pada haiwan selalunya menjadi penyebab kanser. Sebaliknya protein dari tumbuh-tumbuhan berfungsi sebagai pencegah kanser terutama kanser payudara dan prostat.
Komposisi protein di dalam spirulina adalah 65%, dan kadar ini merupakan yang tertinggi berbanding dengan makanan asli yang lain seperti kacang soya (35%), susu tepung (35%), kacang tanah (25%), ikan dan daging (15 ~ 25%), telor (12%) dan bijian (8 ~ 14%).
Wanita mengandung memerlukan protein yang tinggi iaitu 44 ~ 74 gm. Walaupun spirulina mengandungi protein yang tinggi tetapi kandungan lemak, kolestrol dan kalorinya adalah rendah berbanding dengan telor dan daging. 10 gm spirulina mengandungi 1.3 mg kolestrol dan 36 kalori, sedangkan telor mengandungi 300 mg koletrol dan 80 kalori.
Spirulina merupakan makanan kesihatan yang mengandungi protein yang lengkap. Protein dianggap lengkap jika ia mengandungi semua asid amino yang diperlukan oleh tubuh.
Ahli-ahli sains seluruh dunia telah mendapati bahawa algae seni ini sangat baik kepada kesihatan manusia dan dapat meningkatkan kesihatan dalam berbagai cara seperti:
~Meningkatkan aktiviti antivirusMerendahkan kolestrol
~Merendahkan risiko terhadap serangan kanser
~Menjana sistem pertahanan badan (imuniti) dengan pembentukan sel-T
~Mengurangkan keracunan di ginjal
~Membiakkan mikrob Lactobacillus yang sihat dalam usus
~Mempercepatkan kesembuhan luka
~Mengatasi masalah kekurangan zat dan mineral
~Mengurangkan penderitaan akibat radiasi
~Mengaktifkan hematopoesis (pembinaan darah O dan hormon erythropoetin EPO)