aSSaLaMuaLaiKuM..WeLCoMe To De IeMaN HeRbS..

PuSaT LaTiHaN DaN RaWaTaN HoLiSTiK NuRuL iMaN

PeRaWaTaN DaN PeRuBaTaN HoLiSTiK



@ SESI DIAGNOS DAN KAUNSELING

@ IRIDOLOGI (DIAGNOS MATA)

@ RAWATAN BEKAM AL-HIJAMAH (CUPPING - ANGIN DAN DARAH)

@ KIROPRAKTIK (RAWATAN TULANG BELAKANG)

UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN SILA HUBUNGI HJ. RAMLY 013-3713500 DAN PN LAINI 013-2219722 UNTUK TEMUJANJI..TERIMA KASIH

KuRSuS BeKaM aL-HiJaMaH DaN iRiDoLoGi

Photobucket

KuRSuS BeKaM aL-HiJaMaH

TaRiKH : aKaN DaTaNg

MaSa : 9 pagi – 5 petang

BaYaRaN : RM300.00 (YuRaN,SiJiL,SeT BeKaM DaN NoTa)

KuRSuS iRiDoLoGi

TaRiKH : aKaN DaTaNg

MaSa : 9 pagi – 5 petang

BaYaRaN : RM150.00 (YuRaN,SiJiL, NoTa, PeNLiGHt, CaRTa MaTa & MaKaN TeNGaHaRi)

TeMPaT: - JiKa BeRMiNaT uNTuK MeNYeRTai KuRSuS..SiLa eMaiLKaN oR MSJ.. NaMa dan No. IC ke deiemanherbs@yahoo.com atau 013-3713500[HaJi Ramly Ahmad].. atau search facebook De Ieman
SiLa JeLaSKaN BaYaRaN DePoSiT RM50.00 SeLePaS BeRi NaMa DaN No.iC Ke aKauN [BiMB 12092020171412] [CiMB 14420070274524]

Sunday, May 30, 2010

Hawa Bacallah!!!!

Khusus untuk renungan dan hisbah semua..Semoga Allah meletakkan secebis hidayahNya ke dalam hati kita....

Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kamu dizalimi, hak kamu dicerobohi, kamu ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kamu hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka.

Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kamu diangkat ,maruah kamu terpelihara,kamu dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-bak hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai Hawa,
Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa , jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Wahai Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya ,lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insane yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa ,
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya


KLiK uNTuK iNFo LaGi

Thursday, May 27, 2010

iBu PeJaBaT HPA RM54j

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), menamakan bangunan 12 tingkat bernilai RM54 juta yang dibeli di Seksyen 13 Shah Alam sebagai HPA International Center (HIC), sekali gus menjadi ibu pejabat syarikat jualan langsung (MLM) milik penuh Bumiputera terbesar di Malaysia.

Sehubungan itu, beberapa jabatan utama di ibu pejabat HPA di Jejawi, Perlis, akan berpindah secara berperingkat.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad berkata, perasmian bangunan baru itu tidak akan diadakan pada 1 Jun ini sebaliknya pada satu tarikh yang bakal diumumkan kelak.

Menurutnya, Jabatan Pentadbiran HPA adalah yang pertama akan berpindah ke bangunan baru berkenaan.

“Kami tidak akan mengadakan majlis besar-besaran sebaliknya sekadar doa selamat dan kunjungan ahli untuk melihat bangunan yang dibeli hasil usaha mereka mengedarkan produk keluaran HPA,” katanya.

Mengikut perancangan, selain pelbagai jabatan utama di HPA, bangunan berkenaan turut menempatkan premis perniagaan seperti HPA Halal Mart dan restoran makanan segera milik syarikat berkenaan seperti Radix Fried Chicken (RFC), Radix Chicken House (RCH), Radix Pizza House (RPH), Radix Bakery House (RBH) dan Radix Oriental Cuisine (ROC).

HPA adalah MLM yang mempunyai Panel Syariah sendiri dan kini mempunyai lebih 600,000 ahli di Malaysia manakala 250,000 di Indonesia selain mempunyai cawangan di Brunei, Thailand dan Kemboja.

Pada masa ini, HPA mengeluarkan lebih 300 produk makanan tambahan, ubatan herba dan kegunaan harian yang dijual di lebih 170 cawangan HPA di seluruh negara dengan nilai jualan mencecah RM18 juta sebulan.

sumber:Harian Metro 26 Mei 2010


KLiK uNTuK iNFo LaGi

MaRi BeRSaMa HPA

Photobucket
Senarai barang dalam Kit Niaga.
1. Fail Kit Niaga.
2. Borang Permohonan.
3. Kad Kuasa sementara. (Kad Eksklusif akan diterima dalam 2 minggu)
4. Pelan Pemasaran.
5. Senarai harga produk.(kini terdapat 261 produk pelbagai jenis)
6. Senarai Cawangan, Pusat Jualan dan Stokis.
7. Sijil-sijil.
Photobucket
Keistimewaan menjadi ahli HPA:
1.Yuran keahlian RM30.00 (Tiga Puluh Ringgit Malaysia sahaja) seumur hidup.
2.Kit ini boleh dibeli melalui pengedar-pengedar HPA,Cawangan HPA, Stokis HPA.
3.Katalog berjilid.
4.Perniagaan ini boleh diwarisi.
5.Peluang menikmati pelbagai bonus dan insentif yang disediakan. Terdapat 11 ganjaran bonus hebat dari HPA.
6.Diskaun harga untuk semua produk dari 20% – 25%.
7.Peluang menambah ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi, kiropraktik, ilmu diagnos penyakit melalui tapak tangan, iridologi (anak mata), lidah dan denyutan nadi.
8.Pelan pemasaran yang begitu mudah adil dan sukses.
9.Berpeluang melabur dalam Koperasi Wahida HPA. Anggaran pulangan 10-25%.
10.Berpeluang menjana pendapatan 5 Angka menerusi Program Perkongsian Bijak Cemerlang HPA.
11.Dapat bersama-sama merpertingkatkan ekonomi Muslim

CaRi De IeMaN