aSSaLaMuaLaiKuM..WeLCoMe To De IeMaN HeRbS..

PuSaT LaTiHaN DaN RaWaTaN HoLiSTiK NuRuL iMaN

PeRaWaTaN DaN PeRuBaTaN HoLiSTiK



@ SESI DIAGNOS DAN KAUNSELING

@ IRIDOLOGI (DIAGNOS MATA)

@ RAWATAN BEKAM AL-HIJAMAH (CUPPING - ANGIN DAN DARAH)

@ KIROPRAKTIK (RAWATAN TULANG BELAKANG)

UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN SILA HUBUNGI HJ. RAMLY 013-3713500 DAN PN LAINI 013-2219722 UNTUK TEMUJANJI..TERIMA KASIH

KuRSuS BeKaM aL-HiJaMaH DaN iRiDoLoGi

Photobucket

KuRSuS BeKaM aL-HiJaMaH

TaRiKH : aKaN DaTaNg

MaSa : 9 pagi – 5 petang

BaYaRaN : RM300.00 (YuRaN,SiJiL,SeT BeKaM DaN NoTa)

KuRSuS iRiDoLoGi

TaRiKH : aKaN DaTaNg

MaSa : 9 pagi – 5 petang

BaYaRaN : RM150.00 (YuRaN,SiJiL, NoTa, PeNLiGHt, CaRTa MaTa & MaKaN TeNGaHaRi)

TeMPaT: - JiKa BeRMiNaT uNTuK MeNYeRTai KuRSuS..SiLa eMaiLKaN oR MSJ.. NaMa dan No. IC ke deiemanherbs@yahoo.com atau 013-3713500[HaJi Ramly Ahmad].. atau search facebook De Ieman
SiLa JeLaSKaN BaYaRaN DePoSiT RM50.00 SeLePaS BeRi NaMa DaN No.iC Ke aKauN [BiMB 12092020171412] [CiMB 14420070274524]

Wednesday, September 30, 2009

SeBuaH PeRBaNDiNGaN KLaSiK VS MoDeN

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya!. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim , tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalahpenawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, di hospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah banyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahmanirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah minum. Janganlah kita minum berdiri walaupun makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgnairH20, akan menjadi H2CO3, i!aitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

4. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan !itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibody sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapatmerebakkan virus HIV itu.


5. Ka'abah mengapa ia terletak di Mekah al- Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'abah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju! bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.
Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah Khairan Kathiran.


KLiK uNTuK iNFo LaGi

Monday, September 28, 2009

S a B a R ? ? ?

1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.

2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.

3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.

4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.

5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.

6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.

7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.

8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.

9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.

10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.

11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.

12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu (moodiness) dalam diri seseorang adalah terlalu penting.

13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-rubah diri anda itu.

14. Jangan fikir bahawa cita-clta dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.

15. Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan hilang sabar.


KLiK uNTuK iNFo LaGi

KeSaN SaLaH GuNa aNTiBioTiK

ANTIBIOTIK adalah kelas ubat-ubatan yang digunakan dalam mengubati penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kuman bakteria.

Antibiotik bertindak dengan cara membunuh bakteria (Bakterisid) atau merencat pertumbuhan bakteria (Bakteriostatik) bagi membolehkan sistem ketahanan tubuh memusnahkannya.

Penemuan dan penciptaan antibiotik bermula pada tahun 1935 dianggap sebagai ubat ajaib kerana dapat membunuh bakteria dan seterusnya menyelamat penduduk dunia daripada kesengsaraan.

Hasil penemuan ini didapati berupaya mengurangkan kematian manusia akibat jangkitan penyakit yang diperhatikan pada abad 18 hingga 20 apabila seluruh dunia mengalami masalah penuakit berjangkit yang serius seperti penyakit kelamin, penumonia, cirit-birit, meningitis, wabak bubonik, batuk kering, demam kuning, tifus dan taun yang telah membunuh jutaan manusia.

Bagaimanapun, pakar perubatan kini menjadi gusar kerana zaman keemasan antibiotik hampir musnah akibat rintangan bakteria terhadap ubat antibiotik.

Mengapakah masalah rintangan bakteria terhadap antibiotik menjadi begitu serius? Fenomena ini amat penting kerana apabila bakteria menjadi rintang atau tidak sensitif terhadap antibiotik tertentu.

Apabila ini berlaku maka ubat tersebut tidak lagi berkesan terhadap penyakit atau kelompok penyakit tertentu yang berlaku dalam sesuatu kawasan.

Rintangan
Masalah ini telah menyebabkan ramai pesakit gagal disembuhkan oleh antibiotik tersebut.

Rintangan bakteria terhadap antibiotik kini telah menjadi masalah utama di seluruh dunia.

Contohnya, dalam satu wabak tifus di India pada tahun 1989 yang melibatkan lebih daripada 500 kes, masalah rintangan kepada antibiotik utama (Klorafenikol) bagi penyakit tifus telah berlaku pada 83 peratus kes-kes tersebut.

Hampir setengah dari jumlah pesakit ini adalah kanak-kanak dan wabak ini telah mengorbankan 12 nyawa, 3 daripadanya adalah kanak-kanak. Masalah rintangan serta penyedaran bakteria rintang ke kawasan lain adalah amat membimbangkan.

Punca utama masalah ini adalah disebabkan oleh pengunaan antibiotik secara tidak rasional oleh pengamal-pengamal kesihatan atau pesakit seperti menggunakan penyakit yang tidak memerlukannya.

Sesetengah antibiotik pula diperolehi oleh orang ramai dari kedah farmasi komuniti atau sumber-sumber lain tanpa preskripsi atau nasihat doktor.

Perbuatan ini adalah menyalahi undang-undang. Kegagalan mengubati penyakit berjangkit menggunakan antibiotik pilihan akan membawa bencana kepada rakyat sesebuah negara.

Dalam hal ini, antibiotik memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan tahap kesihatan rakyat.

Tambahan pula, kebanyakan negara dunia sering diancam oleh penyakit berjangkit menerusi masalah kemiskinan, pemakanan tidak seimbang, sanitasi yang buruk dan keadaan kawasan perumahan yang tidak baik.

Justeru itu adalah disarankan supaya kedua-dua belah pihak iaitu pengamal perubatan dan orang ramai dapat mengamalkan cara penggunaan ubat antibiotik dengan betul.

Panduan
Di bawah ini adalah garis panduan umum untuk orang ramai semasa menggunakan antibiotik, iaitu:
1. Antibiotik hanya boleh didapati melalui preskripsi yang sah.

2. Antibiotik yang dipreskripsi hanya boleh digunakan bagi penyakit berjangkit yang dialami pada masa itu sahaja.

3. Makan antibiotik untuk tempoh yang disarankan hingga habis. Jangan berhenti mengambil ubat walaupun anda telah sihat.

4. Bagi antibiotik yang perlu diambil semasa perut kosong, ambil ubat 1/2 jam sebelum mengambil makanan atau 1 jam selepas makan. Ini adalah untuk memastikan keberkesanan ubat tersebut.

5. Antibiotik boleh mengakibatkan keracunan. Oleh itu, simpanlah semua ubat jauh daripada kanak-kanak. Jangan makan berlebihan. Buang semua kandungan ubat lama atau yang tidak diperlukan.

6. Antibiotik hanya berkesan jika diambil seperti yang telah disarankan oleh doktor atau ahli farmasi.

7. Berjumpa doktor atau ahli farmasi segera jika anda mengalami kesan sampingan semasa mengambil antibiotik.

Oleh Dr. Mohd. Izham Mohd. Ibrahim
Pusat Racun Negara, USM


KLiK uNTuK iNFo LaGi

Monday, September 14, 2009

MaDu aSLi

Di dalam Surah An-Nahl: Ayat 68-69 yang bermaksud; ” Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah : “Buatlah sarang di bukit, di pokok-pokok kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia. Kemudian makanlah dari setiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan untukmu. Dari perut lebah itu keluarlah minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda ( Kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir”.

Terdapat juga beberapa Hadis Sahih yang menceritakan para sahabat menggunakan madu sebagai ubat. Rasulullah SAW menjadikan madu sebagai makanan sebelum sarapan pagi dengan mencampurkan dengan air. Ini terbukti oleh pakar-pakar pemakanan kesihatan amalan yang sedemikian akan membantu di dalam proses penghadaman. Oleh kerana madu ini tidak mempunyai kotoran atau racun ia memudahkan fungsi hati dan ginjal. Madu asli juga dapat menaikkan kekuatan fizikal dan mental seseorang.

Untuk orang yang telah uzur dan lanjut usia dicadangkan mengamalkannya satu sudu besar setiap hari sebelum makan. Madu boleh merawat dan menyembuhkan penyakit kulit seperti jerawat, gatal-gatal, luka akibat terbakar, bisul serta kurap dengan cara menyapukan Madu Asli ke bahagian tersebut.

Madu Asli boleh membantu mempercepatkan pertumbuhan kanak-kanak yang menghadapai masalah lambat berjalan. Ini terbukti dalam satu kajian iaitu seorang kanak-kanak yang menghadapi masalah tersebut dapat diselesaikan dengan mengamalkan 2 sudu kecil setiap hari selama 40 hari dan ia menunjukkan satu perubahan yang ketara pada tubuh badan dan akhirnya mampu berjalan.

Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Madu Asli Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA

Timbul reaksi elergi lepas mengambil madu

Percayalah…madu itu adalah ubat yang sangat bermanafaat terutama pada tubuh yang lelah kerana terlalu banyak kotoran . Madu tidak memberatkan buah pinggang dan menjadi pelawas pada usus besar. Madu juga mendatangkan tenaga segera bagi menolong membangkitkan imuniti yang lemah.

Guna madu bersama herba lain,insyaAllah berkesan. Jika terdapat gatal gatal ambil madu dengan corcinium dan omega 3. Kencing Manis pula madu dengan plantisol sangat baik untuk mereka yang mengalami impotensi kerananya. Kesemua sinergi dengan madu lebah perlu dibukakan kapsul terlebih dahulu.
Jika berlaku alergi teruskan pengambilan madu dan jangan berhenti sehingga sembuh. InsyaAllah.

Bibir hitam


Bibir menjadi hitam akibat daripada penggurangan kalogen kerana proses penuaan. Kaedah biasa yang sering digunakan oleh pakar-pakar kecantikan ialah menggunakan hyaluronic asid. Namun bagitu hasilnya juga tidak bagitu ketara dibandingkan dengan kaedah pengubatan Jawi.

Anda boleh mencuba dengan menyapu madu lebah sebelum tidur malam pada bibir dan dilakukan selang 3 hari . InsyaAllah bibir akan menjadi cantik, halus bak limau seulas. Selamat mencuba dengan madu lebah HPA.

Mengkudu + Madu

Gabungan madu dan mengkudu (2M) juga sangat baik untuk mengubati ketumbuhan.Buka 3 kapsul mengkudu ,dicampur dengan segelas kecil air dan sesudu teh madu.Selepas di (kacau/aduk-ind) dibiarkan 10 minit kemudian di minum sehari 3 - 5 kali.
Campuran itu tidak lengkap lagi dan perlu ditambah dengan minuman segelas air parutan kunyit putih(sebesar ibu jari sekali minum)3 kali sehari.Kaedah ini sangat baik terutamanya yang melibatkan rahim wanita.InsyaAllah.

Madu bercampur air.

Terapi madu juga sangat baik untuk kesihatan mata dan kecantikan kulit muka.Satu sudu besar madu dimasukkan kedalam setengah liter air dan digunakan untuk membasuh muka pada malam hari.Biarkan air tersebut kering di muka dan bersihkan pada hari esoknya.

Air madu akan membersikan mata serta mengelakan pembentukan selaput (rabun) malah kulit muka turut menjadi cantik putih kemerah-merahan(kulit bayi).Lakukan selama 40 malam dan lihat perbezaan pada kulit muka sekaligus sebagai terapi untuk penyakit resdung.InsyaAllah.

sumber:http://duniaherbahpa.com/


KLiK uNTuK iNFo LaGi

Friday, September 11, 2009

MaKaNaN DaN HiKMaHNya

Roti (khubz) Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Jintan Manis (anisun) Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah) Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn) Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz) Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir) Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan) Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah) Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit) Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
Chamomile (babunaj) Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji kopi (qahwah) Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda) Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj) Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini) Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta') Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun) Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr) Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan) Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah) Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

"Endive" (hindiba) Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang palin
Boldg baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".

Fenugreek (Hulbah) Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).

Buah Ara fig (fin) Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak) Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan

Bawang putih (thum) Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."

Minyak sapi (samn) Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil) Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (hinna) Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah (a'sal) Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das) Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass) Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm) Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk


KLiK uNTuK iNFo LaGi

Wednesday, September 9, 2009

uMaT iSLaM TiDaK BeRSoLaT

Percaya ke kita bila disebutkan bahawa hanya 1 atau 2% sahaja umat Islam yang sembahyang? Kalau kita tak percaya maknanya mungkin kita belum faham makna sembahyang. Bila kita tanya budak kecil apa itu sembahyang, dia jawab, sembah Tuhanlah!.Betullah tu, pandai pun dia jawab.

Kita tanya pula diri kita yang dah dewasa ini, betul ke kita dah sembah Tuhan bila kita sembahyang? Sebagai panduan, berikut adalah 9 golongan manusia dalam hal sembahyang. Yang betul-betul boleh dikira sembahyang ialah kategori 7,8 dan 9 sahaja. Yang lain itu hakikatnya termasuk dalam golongan 98 atau 99% yang tak sembahyang...takut juga kita dibuatnya

1. Golongan yang langsung tidak bersembahyang dan menolak perintah sembahyang.

Mereka ini namanya saja Islam, tetapi memang tak mahu sembahyang. Malah tak tahu pun macam mana hendak sembahyang dan tak ambil peduli langsung tentang sembahyang. Mengikut Hadis, mereka ini dihukum sebagai kufur. Kalau dah kufur...confirmlah kekal selama-lamanya dalam Neraka...waliauzubillah.

2.Golongan yang bersembahyang tanpa ilmu sembahyang.

Mereka ini sembahyang sebab terikut-ikut orang lain sembahyang.Tetapi yang sebenarnya, tak tamat ilmu sembahyang pun. Mereka ini tidak tahu yang mana satu rukun dan yang mana satu sunat. Bacaan pun tak betul, yang panjang jadi pendek dan yang pendek jadi panjang. Sah batalnya tidak tahu, bab bersuci pun tidak beres lagi. Sembahyang begini tentulah tidak diterima ALLAH SWT. Macamlah orang yang bagi jawapan tak betul dalam exam, mana cikgu nak luluskan. Tak passlah jawabnya!

3.Golongan yang ada ilmu sembahyang tetapi tak kuat nak lawan nafsu.

Mereka ini lulus subjek Pengetahuan Agama Islam, kadang-kadang boleh score A1 lagi. Tapi bila Brazil masuk World Cup final, sembahyang pun qada'.Kadang-kadang terlepas waktu kerana sibuk sangat buat kerja nak cari duit. Kalau sembahyang pun, sembahyang exercise sahaja. Tonggang tonggek untuk lancarkan peredaran darah tapi fikiran mereka boleh round seluruh dunia. Mereka ini golongan yang fasik atau zalim. Untuk mudah nak faham, mereka ini golongan Islam yang jahat. Macam mana yang dikatakan jahat? Mengadap Tuhan boleh lagi nak main-main...kalau depan raja pun orang dah kata biadap, inikan pula depan Tuhan, Raja segala raja.Mereka ini kalau tak merayu minta ampun, alamatnya akan dihalau dari istana raja (kalau dengan Tuhan - Syurgalah) Kalau dah dihalau dari Syurga, kemana agaknya kita kena pergi, sudah tentu semua dah maklum!

4. Golongan yang lalai dalam sembahyang

Mereka ini satu tangga lebih baik dari yang tadi. Mereka dah tak main qada' sembahyang. Kadang-kadang bila frust atau dalam keadaan stress, cukup rajin pula sembahyang jemaah dimasjid atau di surau. Orang sangka mereka ini orang baik-baik, tetapi sebenarnya belum lagi. Kalau kita nak tahu, diwaktu sembahyang hati dan fikiran mereka selalu melayang teringatkan problem yang masih tak selesai. Contohnya bergaduh dengan isteri, ceti dah datang, kunci hiang dll. Kadang-kadang sungguh hebatnya sampai teresak-esak menangis dalam sembahyang. Bukan tangiskan dosa dan takutkan Tuhan tapi sebab melayan perasaan sendiri. Dan ada dikalangan mereka yang lebih hebat lagi, bila bagi salam, kunci pun dapat! Memang tepatlah kalau mereka ini dikatakan golongan yang lalai.Mereka ini termasuk juga golongan yang biadap dengan Tuhan, macam orang yang berdepan dengan raja tapi buat hal sendiri. Raja tetap marah kerana tidak dihormati. Di Akhirat nanti, tempat mereka ialah di Neraka Wail, waliauzubillah.

5.Golongan yang sembahyang tarik tali.

Mereka ini lebih baik sikit dari yang di atas iaitu sentiasa tarik tali antara ingat bacaan sembahyang dengan tidak. Kadang-kadang ingat, kadang-kadang lalai. Macamlah orang yang ada penyakit amnesia (hilang ingatan). Kejap sedar, kejap tak sedar. Baru cakap separuh jalan, dah pengsan. Kalau raja rasa yang penyakit ini dah teruk, tentu raja suruh dia tinggal di hospital agar penyakitnya boleh di"rawat ".Kalau masih terkawal, ada peluang juga tinggal di kalangan tetamu raja. Jadi, golongan ini walaupun bersembahyang tapi belum selamat. Sebab terpulanglah kepada Tuhan, macam mana Than nak beri 'markah'. Golongan ini bila sedar, hendaklah banyak meminta ampun kepada ALLAH, moga-moga ALLAH terima mana-mana bahagian sembahyang yang dia ingat, manakala yang lalai tidak dikira. Disamping itu, hendaklah mereka terus tingkatkan kualiti sembahyang mereka.

6.Golongan yang tidak memahami sepenuhnya maksud bacaan dalam sembahyang.

Mereka ini fikirannya tidak lagi melilau-lilau atau bertarik tali dalam sembahyangnya. Mereka dah boleh beri tumpuan pada bacaan-bacaan dan lafaz-lafaz yang diucap dalam sembahyang. Sembahyang mereka pun nampak cantik dan sempurna. Kalau baca Fatihah, kalah lidah orang Arab, tetapi tak ubah macam duit palsu sahaja. Nampak macam yang original tapi tak ada nilai apa-apa. Mereka ini sebenarnya tak faham apa yang dibaca...dan tak nak pula belajar makna bacaan sembahyangnya. Nak khusyuk macam mana?... memanglah impossible! Inilah golongan awamul muslimin. Golongan ini juga belum selamat. Kalau di depan raja, mereka ini ibarat burung kakak tua yang tak faham apa yang diperkatakannya. Manusia yang berperangai burung kakak tua didepan Tuhan, manalah Tuhan suka!

7.Golongan yang selamat.

Mereka bersembahyang dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki ALLAH. Selain sembahyangnya tepat secara zahir, fikiran dan hatinya dapat ditumpukan sepenuhnya kepada sembahyang. Faham pula apa yang diucapkan dalam sembahyang.
Kalau di istana, mereka inilah yang layak jadi tetamu raja. Mereka berkelakuan sopan dan pandai menghormati raja. Raja pun suka pada mereka.Raja tidak berat hati nak offer duduk lama-lama dalam istananya. Golongan ini selamat di dunia dan di Akhirat dan dapat masuk Syurga.Mereka inilah yang dikatakan orang-orang soleh.

8.Golongan muqarrabin

Mereka bukan sahaja khusyuk dalam sembahyang, tetapi dapat juga rasa lazat dalam sembahyang, lebih lazat dari makan sate Kajang. Bila baca tentang azab ALLAH, kecut hati dan perut mereka.Bila baca tentang rahmat ALLAH, hati mereka cukup tenang dan gembira. Mereka benar-benar dapat menjiwai sembahyang mereka. Darjat mereka ini lebih tinggi dari golongan 7. Kalau di istana raja, mereka ibarat pekerja-pekerja yang setia dengan raja. Bukan saja mereka memuliakan raja, bahkan semua titah raja dilaksanakan dengan sungguh-sungguh dan rasa seronok. Tak bagi gaji pun tak apa, asalkan dapat berkhidmat kpd raja. Orang begini, memanglah boleh terus menerus duduk di dalam istana. Nak keluar masuk istana, tak payah soal siasat. Cukup tunjukkan punch card. Malah raja bagi pula kemudahan-kemudahan istimewa untuk mereka. Di Akhirat nanti, mereka bukan sahaja selamat, tetapi tidak banyak dihisab di Padang Mahsyar. Mereka ini bukan sahaja tidak melakukan perkara yang haram dan makruh, malah yang harus juga dijadikan ibadah.

9. Golongan siddiqin

Golongan ini golongan yang luar biasa. Mereka ini bukan kena paksa diri untuk sembahyang tetapi betul-betul seronok nak sembahyang. Bukan rasa lazat sahaja, tetapi sangat terhibur dan begitu asyik mahsyuk kpd ALLAH sewaktu sembahyang (macam orang yang sedang memadu cinta) Mereka ini terdiri dari kalangan para rasul dan anbia' ALLAH. Mereka ini ibarat menteri-menteri dan panglima raja. Mereka boleh rasa terhibur kalau terpaksa gadaikan nyawa sendiri untuk selamatkan raja. Mana raja tak sayangkan mereka!. Keluar masuk istana langsung tidak diperiksa. Malah banyak keistimewaan yang dianugerahkan raja kpd mereka.Nasib mereka di Akhirat tak payahlah nak dicerita. Merekalah yang menjadi wakil Tuhan untuk selamatkan manusia.

Begitulah 9 kategori golongan manusia dan sembahyangnya...dimana kita agaknya? Bila diperiksa sembahyang kita agaknya belum lulus lagi. Ingatkan rasa lega dah tunaikan sembahyang, rasa dah cukup baik tetapi rupa-rupanya belum selamat lagi. Rupa-rupanya masih derhaka dan sangat biadap dengan Tuhan. Masya-ALLAH tak sedar yang kita derhaka dalam buat taat!. Marilah kita berusaha sungguh-sungguh untuk meningkatkan sembahyang ke peringkat 7 atau 8 kalau kita sayangkan diri kita. (Peringkat 9 memang tak boleh untuk orang macam kita). Moga-moga kita selamat di dunia dan Akhirat.


KLiK uNTuK iNFo LaGi

Tuesday, September 8, 2009

HoT DoG MaDe oF ?????

Are hot dogs really made from pigs' snouts and unused meat scraps? Contrary to popular belief, hot dogs are not made from left-over meat laying around on the floors of meat-packing houses. Whether it is pork or beef that is stuffed into a hot dog, the meat trimmings are carefully selected just like the meat you buy in your grocer's coolers.

Most recipes for hot dogs combine together a tasty blend of favorite meats (pork, beef, chicken, or turkey), meat fat, a cereal filler which could be either bread crumbs, flour, or oatmeal, a little bit of egg white, and a mouth-watering array of herbs and seasonings including garlic, pepper, ground mustard, nutmeg, salt, and onion.

Once these ingredients are grinded together, the stuffing is squeezed into sausage casings. Many of the hot dogs sold in stores are enclosed in synthetic cellulose casings, but most home-made hot dogs are made out of natural animal intestines.
Following the stuffing process is the pre-cooking cycle in which the hot dog links are tossed into boiling water for approximately 15 minutes. Finally, the dogs are packaged, loaded on delivery trucks, and sent off to food markets.

Hot dogs are popular among Americans because they are easy to make, inexpensive, and delicious. Hot dogs can be prepared in a number of great ways--nuke-em, grill-em, sauté-em, roast-em, fry-em or boil-em.

What is your favorite type of hot dog? - a chili dog, a cheese dog, or a foot-long dog? A multitude of toppings can enhance the flavor of your hot dog. Common toppings used on hot dogs include ketchup, mustard, onions, relish, chili, cheese, and sauerkraut.

Hot dog lingo. Hot dogs are also called franks, frankfurter, weiner, mini sausages, ball parks, and dachshund.

Did you know?
• July is National Hot Dog Month
• An average American eats 60 hot dogs a year
• In 1893, hot dogs became the standard cuisine for baseball games.
• Controversial debate surrounds the creation of the hot dog. Who really created the first hot dog? Although the city of Frankfurt, Germany credits itself for the origin of the first frankfurter in 1852, some argue that Johann Georghehner, a butcher from Coburg, Germany created the first frankfurter in the 1600s.


sumber:http://www.coolquiz.com/trivia/explain/docs/hotdog.asp


KLiK uNTuK iNFo LaGi

Sunday, September 6, 2009

MeNaNGaNi RaSa LaPaR

Belajar bagaimana menangani rasa lapar amat penting untuk memastikan berat badan terkawal. Rasa lapar merupakan perkara normal bagi seseorang yang cuba menghadkan pengambilan makanan. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk mengetahui punca sebenar rasa lapar tersebut sama ada disebabkan faktor psikologi atau fizikal dan mengetahui bagaimana untuk mengatasinya.

Ramai antara kita yang makan ketika lapar. Sungguhpun tidak benar-benar lapar, namun mereka tetap cenderung mengambil makanan mengikut jadual makan yang telah dibiasakan sejak kecil lagi. Makan yang berpunca faktor psikologi merupakan satu lagi penyakit atau tabiat makan berlebihan ketika seseorang bersedih. tertekan malah gembira. Tahukah anda, lapar disebabkan faktor psikologi amat berbahaya kerana ia mempunyai pengaruh dan pembangkit nafsu makan anda!

Cuba fikir kembali, apa yang menyebabkan anda makan secara berlebihan dan bagaimanakah cara menghentikan tabiat tersebut? Apa yang anda harus lakukan demi memastikan perhatian anda tidak hanya terarah pada makanan semata-mata?

Sungguhpun lapar, namun percayalah anda masih mempunyai jalan untuk mengatasinya. Antara langkah yang dapat anda ambil adalah dengan membanyakkan mengambil makanan yang rendah kandungan lemak kerana ia lebih cepat dicerna dan mengundang rasa lapar berbanding makanan yang tinggi kalorinya. Bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk mengawal supaya makanan yang diambil tidak keterlaluan.

1. Pastikan setiap hidangan harian anda mempunyai kandungan protein dan makanan rendah lemak. Perbanyakan kudapan ringan seperti 'popcorn', kismis atau kekacang sementara menunggu waktu makan sebenar. Makanan sebegini membantu anda berasa kenyang tanpa meningkatkan kadar kalori dalam tubuh secara keterlaluan.

2. Selain itu, anda juga boleh memperbanyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan segar yang kaya dengan kandungan serat dan tinggi kandungan airnya. Kalau boleh, jadikan makanan jenis ini sebagai snek sehari-hari terutamanya anda ketika perut terasa lapar.

3. Rasa lapar yang keterlaluan menyebabkan anda cenderung makan melebihi kuantiti yang sepatutnya. Jadi untuk mengelakkannya, anda dinasihatkan makan sebelum perut benar-benar lapar. Kebanyakan kita berpendapat golongan wanita cenderung makan berlebihan sekembalinya mereka dan tempat kerja. Nafsu makan akan melonjak tatkala menyediakan makanan buat keluarga, apatah lagi anda sememangnya benar-benar lapar ketika itu. Jadi, sebagai langkah mengawal diri, anda dinasihatkan untuk mengisi perut terlebih dahulu dengan mengambil yogurt rendah lemak atau buah-buahan sebelum pulang ke rumah.

Tip ni juga boleh diamalkan sebelum anda keluar menghadiri kenduri-kendara atau majlis makan mengelakkan anda terpesona dengan deretan makanan lazat yang terhidang di atas meja santapan.

Skala 'The Hunger-Satiety Rating Scale', petikan dari buku Why Weight? A Guide to Ending Compulsive Eating (author: G. Roth, New York, NY: Penguin Books, 1989) mungkin boleh memberi penjelasan tentang tahap kelaparan seseorang.

Kenyang
10 = Kenyang keterlaluan paling maksimum, anda terdedah pada penyakit
9 = Kenyang keterlaluan maksimum, anda perlu longgarkan kancing seluar
8 = Kenyang keterlaluan, rasa sesak dan senak
7 = Sangat kenyang seolah-olah terlebih makan
6= Kenyang, anda rasa selesa

Neutral
5 = Selesa, anda tidak lapar
4 = Rasa lapar mula menunjukkan tanda
3 = Lapar, sedia untuk makan
2 = Sangat lapar anda tidak mampu memberi tumpuan

Lapar
1 = Kebuluran, anda akan rasa pening

Perhatikan skala di atas dan kenali di mana tabiat pemakanan seharian anda. Anda disarankan makan ketika berasa skala 4 iaitu tatkala rasa lapar mula menunjukkan tanda dan berhenti makan di skala bernombor 6. Ingat, jangan menahan lapar atau membiarkan perut menunggu lama. Kudaplah apa-apa sahaja yang kurang kalori atau rendah lemak untuk mengisi perut anda!


KLiK uNTuK iNFo LaGi

Wednesday, September 2, 2009

RaHSia DaLaM 7 HaRi

DALAM seminggu ada tujuh hari dan setiap hari tersimpan seribu satu rahsia dan peristiwa. Ada yang indah, manis, gembira, ceria dan tidak kurang diselubungi sedih dan kedukaan.

Sejarah Islam turut mencatat peristiwa menarik dan penting setiap hari yang boleh kita renung dan diambil iktibar bersama.

Antaranya:

Ahad
• Allah menjadikan hari yang tujuh, anggota manusia yang tujuh, lautan dan bumi yang tujuh dan mencipta alam, bintang dan api neraka.

Isnin
• Nabi Muhammad menerima wahyu pertama dan pada hari itu juga baginda wafat.

Selasa
• Pembunuhan manusia pertama berlaku yang Habil dibunuh Qabil. Nabi Yahya dan Zakaria wafat dibunuh. Tukang sihir Firaun pula ditewaskan Nabi Musa.

Rabu
• Umat Nabi Hud yang ingkar dimusnahkan Allah dengan turunnya taufan, manakala umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakan kuat Malaikat Jibril.

Khamis
• Nabi Muhammad mula memasuki kota Makkah, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim berhijrah ke Mesir, manakala Nabi Yaacob bertemu anaknya Nabi Yusof di Mesir.

Jumaat
• Nabi Adam berkahwin dengan Hawa, Nabi Yusof berkahwin dengan Zulaikha, Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safurah, anak Nabi Syuib, manakala Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis.
• Rasulullah juga memilih hari itu untuk berkahwin dengan Siti Khatijah dan Aishah, manakala Ali Abu Talib berkahwin dengan Fatimah, puteri Rasulullah.

Sabtu
• Nabi Isa diperdaya kaum Yahudi, Nabi Musa ditindas Firaun, Nabi Salleh ditipu umatnya dan Naib Nuh dipersendakan umatnya.


KLiK uNTuK iNFo LaGi

SoLaT TaHaJuD DaRi PeRSPeKTiF PeRuBaTaN

"Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sebagai shalatulail.Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.

Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.

TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of HumanSciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.

Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap.Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.

Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang atlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.

Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur,mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk (drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktutidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain.

Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya. Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :

1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

2. Tunaikan solat Isya' sebelum tidur.

3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.

4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.

5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bula kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga jam sahaja.

Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut.

Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China - Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning. Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam.

Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : " Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah." ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )


KLiK uNTuK iNFo LaGi

Tuesday, September 1, 2009

HIPERTIROIDISME

Hipertiroidisme adalah satu keadaan di mana kelenjar tiroid bekerja secara berlebihan sehingga menghasilkan sejumlah besar hormon tiroid. Kelenjar tiroid yang terletak pada pada bahagian depan leher mempunyai peranan penting dalam menghasilkan hormon yang bertindak untuk mengawal metabolisme dalam tubuh manusia.

Kelenjar yang berbentuk rama-rama ini juga berfungsi memastikan bahawa hormon tiroid yang dihasilkan dalam keadaan seimbang dengan keperluan tubuh. Ini adalah kerana sekiranya hormon tersebut tidak dihasilkan mengikut keperluan tubuh, ia boleh menimbulkan pelbagai masalah.

Gejala-gejala hipertiroidisme

  • Penderita penyakit ini akan mengalami peningkatan fungsi tubuh yang tidak disangka seperti:
  • Jantung berdetak dengan lebih cepat dan boleh mengakibatkan kelainan degupan jantung. Keadaan ini boleh menyebabkan jantung berdebar-debar (palpitation).
  • Kecenderungan peningkatan tekanan darah.
  • Berkeadaan panas walaupun berada di dalam keadaan persekitaran yang sejuk.
  • Tangan akan menggeletar secara perlahan-lahan.
  • Rasa letih dan lemah serta gugup walaupun sewaktu tidak melakukan sebarang aktiviti berat.
  • Berat badan berkurangan walaupun selera makan bertambah.
  • Sukar untuk tidur.
  • Sering membuang air besar dan kadang-kadang akan disertai dengan cirit-birit.
  • Terjadi perubahan pada mata; bengkak di sekitar mata, bertambahnya pembentukan air mata, radang dan peka terhadap cahaya.
  • Bagi pesakit wanita, kitaran haid mereka akan terganggu dan menyebabkan pengeluaran darah haid yang berlebihan.

Punca-punca hipertiroidisme
Penyakit Graves, reaksi imunologis, tiroiditis, adenoma tiroid toksid dan pengambilan hormon tiroid.

Penyakit autoimun ini disebabkan oleh antibodi yang merangsang tiroid untuk menghasilkan hormon tiroid yang berlebihan. Penderita penyakit ini memiliki gejala-gejala khas:
  • Seluruh kelenjar teransang sehingga kelenjar sangat membesar menyebabkan suatu benjolan di leher (goiter).
  • Penonjolan kulit di atas tulang kering.
  • Eksoftalmus (mata menonjol) – berlaku akibat dari penimbunan zat di dalam orbit mata. Ia boleh mengakibatkan salah satu atau kedua-dua belah mata terkeluar daripada soketnya. Keadaan ini boleh menyebabkan mata akan kehilangan kawalan otot-ototnya, penglihatan berganda dan boleh mengakibatkan hilang penglihatan.
Gejala-gejala pada mata ini boleh dikurangkan dengan melakukan perkara berikut:
- meletakkan kepala pada posisi yang lebih tinggi di tempat tidur
- menggunakan ubat titis mata
- tidur dengan kelopak mata tertutup dengan bantuan plaster
- mengambil ubat diuretik
- penglihatan berganda boleh diatasi dengan pemakaian kaca mata prisma.

Kebiasaannya mereka yang menghidap penyakit ini mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit ini. Nisbahnya dianggarkan lebih tinggi di kalangan wanita sebanyak 5 kali ganda. Penyakit ini juga boleh mengakibatkan warna kulit seseorang itu bertompok-tompok putih (vitiligo)

Rawatan alopati
1. ubat-ubatan alopati
2. pembedahan
3. penggunaan radioaktif iodin

Ubat-ubatan yang di beri dapat mengendalikan fungsi tiroid dalam masa 6 minggu hingga 3 bulan. Pesakit perlu mematuhi jadual pengambilan ubat-ubatan ini bagi memastikan penyakit mereka berkurangan. Bagaimanapun pesakit boleh menghentikan pengambilan ubatan ini selepas tempoh yang ditetapkan tamat. Biasanya pesakit tidak perlu menggunakan ubatan ini lebih daripada 2 tahun.

Ubat yang sering diberikan adalah propiltiorasil atau metimazol . ubat ini diberikan untuk memperlambatkan fungsi tiroid dengan cara mengurangi pembentukan hormon tiroid oleh kelenjar. Kedua-dua ubat ini diambil dengan cara ditelan, bermula dengan dos tinggi dan selanjutnya disesuaikan dengan hasil pemeriksaan darah terhadap hormon tiroid. Namun ubat-ubat yang diambil juga boleh memberikan kesan sampingan seperti alahan pada kulit dan menyebabkan ruam kulit, mual dan hilang rasa.

Ubat-ubat 'beta blocker' seperti propanolol membantu mengendalikan beberapa gejala hipertiroidisme. Ubat ini efektif dalam memperlambatkan denyutan jantung yang cepat, mengurangi gementar dan mengendalikan kecemasan.

Kaedah radioaktif iodin biasanya akan digunakan apabila pesakit gagal dirawat dengan ubat-ubatan. Melalui rawatan ini pesakit perlu minum radio aktif iodin sekali. Keberkesanan rawatan akan dapat dilihat dalamtempoh antara 3 bulan hingga 1 tahun.

Pada masa yang sama, pesakit juga perlu makan ubat-ubatnan. Namun dengan rawatan ini juga, pesakit boleh menghadapi masalah lain seperti kekurangan hormon tiroid.

Sekiranya pesakit terdiri daripada kalangan wanita, mereka tidak digalakkan hamil dalam tempoh 6 bulan kerana bimbang timbul sebarang kemungkinan yang berbahaya kepada bayi.


KLiK uNTuK iNFo LaGi

De IeMaN HeRbS

Menjalankan perniagaan berasaskan produk kesihatan dari Syarikat HPA Industries Sdn. Bhd. iaitu bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

Selain itu, kami menyediakan pusat latihan dan rawatan bagi sesiapa yang berminat. Pusat latihan diadakan bagi menjalankan kursus asas perawatan, kursus bekam serta kursus untuk melahirkan usahawan yang berminat untuk mencebur diri dalam MLM HPA Industries Sdn. Bhd. Manakala bagi pusat rawatan disediakan bagi pesakit yang ingin menjalankan rawatan seperti diagnos penyakit menggunakan tapak tangan, diagnos menggunakan nadi dan lidah, kiropraktik, bekam, iridiologi dan refleksologi.

Nama perniagaan
~De IeMaN HeRbS eNTeRPRiSe

Alamat perniagaan
~102A Business Point, Jalan 1,
Kampong Baru China Batu 9,
43000 Cheras , Selangor D.E.

No. Tel
013-3713500 (En. Ramly b. Ahmad)
013-2219722 (Pn. Laini bt. Md. Arif)
013-9663184 (Cik Siti Fatimah bt. Ramly)
03-90743680(Pejabat)

Perkhidmatan
Perubatan dan Perawatan

  • Diagnos tapak tangan, lidah dan nadi
  • Refleksologi
  • Kiropraktik
  • Bekam
  • Iridiologi

Pusat Latihan
  • Kursus asas perawatan
  • Kursus bekam
  • Kursus iridiologi


iridiologi (diagnos penyakit melalui saraf mata)

kiropraktik (perawatan betulkan tulang belakang)


KLiK uNTuK iNFo LaGi

MaRi BeRSaMa HPA

Photobucket
Senarai barang dalam Kit Niaga.
1. Fail Kit Niaga.
2. Borang Permohonan.
3. Kad Kuasa sementara. (Kad Eksklusif akan diterima dalam 2 minggu)
4. Pelan Pemasaran.
5. Senarai harga produk.(kini terdapat 261 produk pelbagai jenis)
6. Senarai Cawangan, Pusat Jualan dan Stokis.
7. Sijil-sijil.
Photobucket
Keistimewaan menjadi ahli HPA:
1.Yuran keahlian RM30.00 (Tiga Puluh Ringgit Malaysia sahaja) seumur hidup.
2.Kit ini boleh dibeli melalui pengedar-pengedar HPA,Cawangan HPA, Stokis HPA.
3.Katalog berjilid.
4.Perniagaan ini boleh diwarisi.
5.Peluang menikmati pelbagai bonus dan insentif yang disediakan. Terdapat 11 ganjaran bonus hebat dari HPA.
6.Diskaun harga untuk semua produk dari 20% – 25%.
7.Peluang menambah ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi, kiropraktik, ilmu diagnos penyakit melalui tapak tangan, iridologi (anak mata), lidah dan denyutan nadi.
8.Pelan pemasaran yang begitu mudah adil dan sukses.
9.Berpeluang melabur dalam Koperasi Wahida HPA. Anggaran pulangan 10-25%.
10.Berpeluang menjana pendapatan 5 Angka menerusi Program Perkongsian Bijak Cemerlang HPA.
11.Dapat bersama-sama merpertingkatkan ekonomi Muslim

CaRi De IeMaN