aSSaLaMuaLaiKuM..WeLCoMe To De IeMaN HeRbS..

PuSaT LaTiHaN DaN RaWaTaN HoLiSTiK NuRuL iMaN

PeRaWaTaN DaN PeRuBaTaN HoLiSTiK



@ SESI DIAGNOS DAN KAUNSELING

@ IRIDOLOGI (DIAGNOS MATA)

@ RAWATAN BEKAM AL-HIJAMAH (CUPPING - ANGIN DAN DARAH)

@ KIROPRAKTIK (RAWATAN TULANG BELAKANG)

UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN SILA HUBUNGI HJ. RAMLY 013-3713500 DAN PN LAINI 013-2219722 UNTUK TEMUJANJI..TERIMA KASIH

KuRSuS BeKaM aL-HiJaMaH DaN iRiDoLoGi

Photobucket

KuRSuS BeKaM aL-HiJaMaH

TaRiKH : aKaN DaTaNg

MaSa : 9 pagi – 5 petang

BaYaRaN : RM300.00 (YuRaN,SiJiL,SeT BeKaM DaN NoTa)

KuRSuS iRiDoLoGi

TaRiKH : aKaN DaTaNg

MaSa : 9 pagi – 5 petang

BaYaRaN : RM150.00 (YuRaN,SiJiL, NoTa, PeNLiGHt, CaRTa MaTa & MaKaN TeNGaHaRi)

TeMPaT: - JiKa BeRMiNaT uNTuK MeNYeRTai KuRSuS..SiLa eMaiLKaN oR MSJ.. NaMa dan No. IC ke deiemanherbs@yahoo.com atau 013-3713500[HaJi Ramly Ahmad].. atau search facebook De Ieman
SiLa JeLaSKaN BaYaRaN DePoSiT RM50.00 SeLePaS BeRi NaMa DaN No.iC Ke aKauN [BiMB 12092020171412] [CiMB 14420070274524]

Friday, July 31, 2009

KHaSiaT eVeNiNg PRiMRoSe oiL

Evening Primrose Oil (EPO) berkualiti untuk kesihatan dan kecantikan. Sejenis bunga liar berwarna kuning, digunakan sebagai bahan kesihatan sejak dulu lagi. EPO yang diperah daripada biji, kaya dengan Asid Gamma - Linolenik (GLA), sejenis asid lemak diperlukan kulit.

Antara khasiat minyak EPO:
•Membantu mengawal atur kitaran haid.
•Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) - iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut.
•Mengurangkan simptom putus haid - panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj
•Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri - bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak.
•Melegakan ekzema dan alergi kulit.
•Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal.
•Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah.


KLiK uNTuK iNFo LaGi

Thursday, July 30, 2009

KaJiaN TeNTaNg BeKaM

Satu kajian dengan melibatkan doktor-doktor berbagai kepakaran telah dilakukan di salah satu hospital terbesar di Syria (Nuruddin Az Zinki), mereka mendapati:

  • Pada pesakit hipertensi, tekanan darah menjadi normal.
  • Pada pesakit hipotensi, tekanan darah menjadi normal.
  • Pada pesakit yang kekurangan hemoglobin, peningkatan jumlah hemoglobin kembali ke jumlahnya yang normal.
  • Peningkatan jumlah trombosit hingga ke paras normal (100%).
  • Penurunan kadar gula kepada paras normal pada pesakit diabetes (92.5%).
  • Jumlah keratinin menurun (78.5%) pada pesakit yang memiliki masalah keratinin tinggi.
  • Penurunan kadar urea dalam darah (80%) pada pesakit yang menghadapi masalah tingginya kadar urea dalam darah.
  • Penurunan kadar SGPT (80%) pada pesakit yang memiliki masalah tingginya SGPT. Ini menjelaskan adanya aktiviti hati.
  • Berlaku penurunan kolestrol dalam darah (83.6%) pada pesakit yang memiliki masalah kadar kolestrol tinggi dalam darah.
  • Penurunan LDH hingga ke paras normal (93.75%) bagi kebanyakan penyakit.
  • Jumlah leukosit pada darah selepas dibekam menjadi sepersepuloh daripada jumlah darah normal.

Para doktor terkejut dengan hasil yang telah ditunjukkan dalam penelitiannya yang unik dan ilmiah mengenai bekam iaitu rahsia disebalik bekam alhijamah.


KLiK uNTuK iNFo LaGi

Monday, July 27, 2009

DiSKauN uTK aHLi HPA Di HoTeL De PaLMa

Hasil usahasama antara HPA dan rangkaian Hotel De Palma, kini pihak hotel telah menawarkan beberapa insentif khas kepada ahli-ahli HPA dengan potongan antara 25 - 50% daripada harga asal. Hotel-hotel De Palma adalah seperti berikut:
1. Hotel De Palma Ampang

2. Hotel De Palma Shah Alam

3. Hotel De Palma Sepang

4. Hotel De Palma Kuala Selangor.


Insentif kedua pula untuk pakej-pakej kursus seperti PIC, KPJ dan PBC juga akan mendapat potongan harga yang sangat menarik. Pihak pengurusan HPA menyifatkan usahasama ini sebagai satu lagi kejayaan HPA dalam melebarkan jaringan peniagaannya dengan pelbagai pihak untuk kemudahan ahli.
Contoh insentif yang diberikan di Hotel De Palma Ampang kepada ahli HPA ialah seperti berikut:
1. Bilik Superior harga asal RM320.00 harga ahli HPA RM145.00

2. Business harga asal RM365.00 harga ahli HPA RM170.00

3. Junior Suite harga asal RM465.00 harga ahli HPA RM260.00

4. Executive Suite harga asal RM650.00 harga ahli HPA RM350.00

5. De Palma Suite Harga asal RM800.00 harga ahli HPA RM400.00


Kadar harga ini berbeza mengikut lokasi hotel-hotel tersebut. Sila dapatkan pamplet khas dari cawangan yang berhampiran sedikit masa lagi. Jangan lupa menunjukan kad ahli apabila menginap di hotel-hotel tersebut.
InsyaAllah ke “Arah Menguasai Pasaran Global.” Cawangan HPA Di Hotel De Palma Ampang Kita memilih hotel ini kerana mereka menjadikan hotel ini sebagai hotel syariah pertama di Malaysia. Kita wajib memberikan sokongan agar hotel ini menjadi kukuh seperti hotel - hotel yang lain. Kukuh dengan syariat Islam itulah misi kita. Kita mahu berniaga dengan mereka kerana Allah tanpa meletakkan syarat kerana mereka sanggup mengubah pandangan masyarakat agar percaya kepada perhotelan syariah. InsyaAllah cawangan HPA akan siap pada awal Jun 2009 ini di lobby hotel de Palma. Kita membuka cawangan bagi tujuan menyampaikan maklumat produk halal kepada masyarakat yang berkunjung ke hotel. Sama misi dengan hotel de palma, kita jadi pelengkap kepada keperluan halal yang dicari. Usaha untuk menyampaikan produk halal ke tangan pengguna terus giat dijalankan melalui rangkaian niaga yang semakin berkembang. Amin.

Sumber: Blog Pengarah Urusan HPA


KLiK uNTuK iNFo LaGi

DiaGNoS SaRaF TaPaK TaNGaN

  • Analisa saraf tapak tangan telah lama digunakan oleh bangsa Yunani.

  • Tangan merupakan bahagian saraf yang paling hujung dari tubuh manusia dan apa sahaja yang berlaku dalam tubuh manusia akan terlihat pada tangan.

  • Pada tapak tangan tersimpan 1,000 rahsia kesihatan manusia dan dapat memberi gambaran keadaan organ-organ tertentu di dalam tubuh.

  • Pada pergelangan tangan manusia terdapat denyut nadi yang boleh digunakan untuk mengesan beberapa punca penyakit dan keadaan kesihatan seseorang.

  • Untuk mendapat kemahiran dalam menganalisa penyakit melalui saraf tapak tangan dan nadi, para herbalis disyorkan supaya banyak membuat pemeriksaan ke atas tapak tangan manusia.


KLiK uNTuK iNFo LaGi

Friday, July 24, 2009

AiSKRiM ToYYiBaH - HPA -


Telah mula beredar dipasaran. Beberapa buah cawangan telah membuat persediaan untuk pembelian Freezer. Selain daripada makan bersama pisang, aiskrim tersebut juga boleh ditaburi dengan badam atau kismis . Teksturnya yang halus memberikan sedikit perbezaan antara aiskrim toiyibah dengan aiskrim yang lain. Perasa kopi radix mengandungi 7 herba dan disediakan sedikit pahit bagi tujuan kesihatan. Diluar negara mereka lebih suka aiskrim yang agak pahit dibandingkan dengan yang manis.

HARGA :RM5 (500ML) .. RM10.00 (1.5L)

p/s:dapatkan di cawangan atau stokis yang berhampiran dgn anda..


KLiK uNTuK iNFo LaGi

CeNTeLLa BeaUTy SeRieS

Gel Pembersih Muka (Brightening Cleansing Gel)

· Dirumus khas dengan kombinasi herba dari Centella Asiatica, Areca Catehu, Enzim betik, Pueraria Mirifica dan sepang.

· Pembersih muka tanpa sabun ini menanggakan kotoran, menenangkan, menegangkan dan mencerahkan kulit.

· Gunakan sedikit sahaja, gosokkan pada tangan yang basah dan sapukan kepada muka dan leher dengan urutan yang lembut. Bilas dan diikuti dengan penyegar.

· Sesuai untuk kulit kombinasi dan normal ke berminyak.

Penyegar (Calming Fluid)

· Gel berasaskan air yang inovatif mengandungi Chamomile, Aloe Vera, Centella Asiatica, Puraria Mirifica, Areca Catechu, Enzim Betik, Sepang Dan Ekstrak Portulaca yang melembutkan, menegangkan dan mencerahkan kulit

· Sapu dengan nipis setiap kali selepas membersih dan diikuti dengan esen pencerah intensif dan pelembap

· Sesuai untuk semua jenis kulit

Esen Pencerah Intensif (Intensive Brightening Essence)

· Formula khas pencerah yang tidak berminyak dan tidak mengeringkan ini sesuai untuk semua jenis kulit

· Anti-oksidan, mengurangkan tompok hitam, meningkatkan kecerahan, menegangkan dan memperbaiki keseimbangan warna kulit.

· Mengandungi Vitamin C, Flavanoid, Enzim, Centella Asiatica, Ekstrak Saxifrage, Puraria Mirifica, Ekstrak Scutellaria, Areca Catechu, Sepang, Ekstrak Anggur, Betik dan Mulberi

· Digunakan siang dan malam

Pelembab Muka (Light Moisture Balance)

· Memberi kelembapan lembut pada kulit, menyegahkan, menegangkan, mencerahkan kulit

· Mengandungi Centella Asiatica, Puraria Mirifica, Areca Catechu, Enzim betik, Ekstrak Yis, Ekstrak Oat, Gandum, Barli dan Sepang

· Sesuai untuk semua jenis kulit pada bila-bila masa

Krim Pencerah Malam (Brightening Night Cream)

· Pelembap yang dirumus khas untuk melindungi kelembapan pada kulit, memulih, menegang, mengurangkan tanda-tanda penuaan, melicin, memperbaiki tekstur dan melembutkan kulit.

· Ia mengandungi Chamomile, Ekstrak Yis, Ekstrak Oat, Gandum Dan Barli, Ekstrak Saxifrage, Vitamin E, Centella Asiatica, Ekstrak Scutellaria, Puraria Mirifica, Areca Catechu, Sepang, Ekstrak Portulaca, Ekstrak Anggur dan Mulberi

· Sesuai digunakan di waktu malam

Masker Lulur Bervitamin (Multi-Vitamin Scrub Mask)

· Bertindak untuk memulihkan tekstur kulit, menyerikan wajah, menggalakkan pertumbuhan sel baru, menegang dan melembap.

· Mengandungi Vitamin E, Vitamin C, B-Kompleks, Centella Asiatica, Puraria Mirifica, Areca Catechu, Enzim Betik dan Sepang

· Sapu pada seluruh muka dan leher, biarkan 10 minit dengan jemari basah lulurkan muka dengan lembut dan bilas diikuti dengan penyegar

· Sesuai semua jenis kulit kecuali kulit bermasalah dan jauhkan dari mata

· Gunakan 1-2 kali seminggu

Losyen Badan (Body Hydrating Lotion)

· Dirumus khas untuk melembap, melembut, menegang, mencerah dan menghaluskan kulit.

· Sapukan pada tangan dan seluruh badan

· Mengandungi Vitamin E, B-Kompleks, Centella Asiatica, Puraria Mirifica, Areca Catechu, Enzim Betik dan Sepang

· Gunakan setiap kali selepas mandi



KLiK uNTuK iNFo LaGi

Tuesday, July 21, 2009

KHaSiaT KoPi RaDiX


Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.

Demam Panas

Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.

Ketumbuhan
Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.

Radix Untuk Kaum Wanita
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.

Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi
Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.

Kopi Radix Untuk Tenaga
Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.

Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :
1. Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN) untuk tenaga dan kesuburan
2. Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK) untuk masalah persendian
3. Pokok Teja Lawang (KARMINATIF) untuk pengimbangan angin
4. Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT) untuk menghilangkan keracunan
5. Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF) untuk merawat sistem penghadaman
6. Halban (IMUNITI) untuk menjaga stamina tubuh
7. Larak Hutan (KARDIOTONIK) untuk memperbanyakkan susu ibu


KLiK uNTuK iNFo LaGi

Monday, July 20, 2009

BeKaM aL-HiJaMaH

Mukaddimah

Apabila seseorang sakit, dia tidak sepatutnya berasa kecewa; sebaliknya hendaklah bersyukur kerana sakit adalah merupakan tanda kasih sayang Allah SWT kepada hamba-NYA. Pesakit hendaklah berusaha mendapatkan penawarnya dan mendapatkan rawatan yang sewajarnya kerana ia juga termasuk dalam ibadah.

Sabda baginda nabi Muhammad SAW, "Sesungguhnya Allah SWT telah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan untuk kamu bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Oleh kerana itu berubatlah tetapi jangan dengan yang haram".

Semenjak dahulu lagi manusia telah berusaha mencari kesihatan yang berkualiti dan umur yang berpanjangan. Sebagai ummat Rasulullah SAW, kita sangat beruntung kerana mempunyai contoh ikutan yang terbaik pernah dilahirkan di atas muka bumi ini iaitu Nabi Muhammad SAW. Sebagai rahmatul 'alamin, baginda Rasulullah SAW telah mengajar kepada ummatnya berbagai ilmu termasuklah ilmu perubatan yang selamat dan efektif.

Bekam

Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW. untuk ummat Islam. Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang merbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan selamat bagi ummat Islam.

Sabda Rasulullah SAW ; "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"(Riwayat Muslim)

Di dalam Shahih Bukhari, dari Sa'id bin Jubair R.A, dari Ibnu 'Abbas R.A, dari Nabi SAW, baginda bersabda; "Kesembuhan ada tiga perkara; minum madu, berbekam dan bakaran api. Tetapi aku melarang umatku melakukan pembakaran dengan api".

Bekam amat berkesan untuk melegakan atau menghilangkan kesakitan, memulihkan daya tahan tubuh (imuniti), mengembalikan fungsi fizikal biasa serta memberi harapan baru kepada penderita untuk terus berikhtiar mendapat perawatan. Bekam sangat sesuai dengan tujuan pengubatan Islam itu sendiri iaitu dapat mencegah dan merawat penyakit.

Tubuh yang sihat, fikiran yang sihat dan hati yang bersih adalah faktor penting di dalam hidup seorang individu muslim demi melaksanakan tanggung jawab kehidupan mereka sebagai hamba Allah SWT dan khalifah di atas muka bumi. Jika terlalu banyak kotoran yang mengandungi toksid dalam badan, ini akan menyebabkan penyumbatan dalam saliran darah; di mana sistem peredaran darah tidak dapat berjalan dengan lancar. Keadaan ini sedikit demi sedikit akan menggangu kesihatan, baik secara fizikal maupun mental seseorang. Seseorang itu akan merasa malas, murung, selalu merasa kurang sihat, cepat bosan dan cepat naik darah. Ditambah lagi dengan angin yang susah dikeluarkan, maka kita akan berjumpa penderita yang terganggu emosinya sehingga sampai tahap harus bertemu dengan pakar psikologi atau dotor rohani (ulama sufi).

Darah yang tersumbat harus dikeluarkan melalui berbagai macam cara, tetapi malangnya ubat-ubatan alopati tidak mampu bertindak demikian. Jadi kita harus mencari perawatan alternatif yang dapat mengeluarkan toksid tersebut dengan cepat dan selamat agar sistem imuniti tidak lemah dan tubuh tidak diserang penyakit. Bekam adalah satu cara yang amat berkesan untuk mengatasi masalah ini, malah proses penyembuhan penyakit dapat dipercepatkan jika disinergikan dengan herba-herba yang bersifat alami.

Berbekam dalam keadaan perut kosong adalah ubat, tetapi menjadi penyakit jika dilakukan dalam keadaan perut penuh. Allah SWT mewajibkan kita umat Islam untuk berpuasa dalam setahun selama sebulan dalam bulan ramadhan untuk menyucikan rohani, maka wajarlah umat ini untuk kembali mengamalkan sunnah berbekam sebulan sekali bagi membersihkan jasmani.

Waktu Berbekam

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21 bulan hijriah maka itu adalah hari-hari yang menyembuhkan segala macam penyakit".

Imam Sayuti RH berpendapat bahawa berbekam pada tanggal-tanggal seperti di atas memang baik bila badan dalam keadaan sihat, tetapi jika orang yang berkaitan sedang sakit atau sangat memerlukan perawatan dengan cepat, kita tidak harus mengikuti tanggal-tanggal tersebut.

Ibnu Sina di dalam kitabnya "Al Qanun fii Thibb" menyebut mengenai waktu yang terbaik untuk berbekam iaitu di antara jam 2 dan 3 petang kerana pada waktu tersebut saluran darah sedang mengembang dan darah-darah yang mengandungi toksid sangat sesuai untuk dikeluarkan.

Sebaik-baiknya sebelum berbekam, pesakit bertangas selama ½ jam kemudian direhatkan selama 15 minit dan diikuti dengan bekam.

Sebagai seorang herbalis Muslim, kita harus menolong mereka yang memerlukan pertolongan tanpa mengira masa, pangkat dan golongan dengan ilmu yang telah Allah SWT anugerahkan kepada kita. Berilah sentuhan-sentuhan ilahiah serta memohon kepada-NYA, kerana berbekam seperti juga meminum ubat hanyalah suatu cara pengubatan, sedangkan yang menyembuhkan adalah Allah SWT yang bersifat Asy Syafi.

Jenis-Jenis Bekam
Ada 4 jenis bekam:

1.Jenis Basah atau Bekam Darah:

Di sini permukaan kulit disedut terlebih dahulu, lalu dilukai menggunakan lancet (jarum tajam) kemudian sekitarnya disedut kembali untuk mengeluarkan darah kotor dari bawah kulit. Setiap sedutan dibiarkan selama 2 ~ 3 minit kemudian dibuang kotorannya. Darah yang mengandungi toksid kelihatan hitam pekat seperti jeli serta berbuih. Sedutan maksima pada satu-satu tempat adalah sebanyak 7 kali pada satu masa. Jarak waktu untuk mengulangi bekam pada tempat yang sama adalah 2 ~ 3 minggi. Bekas luka akan hilang dalam 2 ~ 3 hari jika diurut dengan Minyak But-But dan tempat sedutan tersebut tidak terkena air selama 3 ~ 4 jam selepas di bekam.

2.Jenis Kering atau Bekam Angin

Bekam kering bermanafaat untuk membuang angin serta melegakan sakit secara kecemasan tanpa melukai kulit. Cara ini amat baik bagi penderita yang tidak tahan sakit terkena jarum dan tidak kuat melihat adarah. Kulit akan kelihatan lebam selama 1 ~ 2 minggu. Di sini sedutannya hanya sekali dan dibiarkan selama 15 ~ 20 minit. Di sini sekali lagi Minyak But-But memainkan peranan penting untuk menghilangkan bekas-bekas lebam tadi. Bekam kering bukan sunnah Rasulullah SAW.

3.Jenis Bekam Luncur
Yang dimaksudkan bekam luncur adalah tubuh bahagian belakang dilumuri dulu dengan Minyak But-But lalu sedut di tempat yang telah dilumuri minyak, kemudian diluncurkan di tempat yang terasa sakit, ada angin dan berat, terutama di bahagian scapula. Bila tempat rasa sakit dan berwarna hitam dapat disedut, biarkan 2 ~ 3 minit dan dibuang darahnya. Prosesnya sama dengan jenis no. 1 .

4.Jenis Bekam Tarik
Jenis ini baik bila dilakukan di bahagian kepala terutama dahi. Caranya adalah lumuri dulu dahi dengan Minyak But-But, lalu sedut dan tarik-lepas, sedut lagi lalu tarik-lepas lagi, begitu seterusnya hingga kepala terasa ringan.

Persedian Sebelum Bekam

Kulit
Tempat yang hendak dibekam perlu dibersihkan dari segala kekotoran. Sekiranya tempat itu berbulu ia perlulah dicukur terlebih dahulu. Seeloknya mandi sekurang-kurangnya 1 jam sebelum pembekaman.

Usus
Sebelum pembekaman, usus perlulah bersih. Pada penyakit yang kronik, julap yang tidak berapa kuat atau yang diperbuat daripada herba dicadangkan pemakanannya untuk membersihkan usus pada malam sebelum pembekaman.

Diet
Mengambil makanan yang ringan sebelum pembekaman. Jangan terlalu lapar atau terlalau kenyang.

Tidur
Tidur yang mencukupi amat penting supaya berasa tenang semasa pembekaman.

Peraturan Selepas Bekam
@ Mandi selepas 3 jam, sebaik-baiknya dengan air suam
@ Elakkan senaman yang berat
@ Rehat yang secukupnya untuk 2 ~ 3 hari terutama pada mereka yang mempunyai penyakit kronik
@ Elakkan minuman sejuk


KLiK uNTuK iNFo LaGi

MaRi BeRSaMa HPA

Photobucket
Senarai barang dalam Kit Niaga.
1. Fail Kit Niaga.
2. Borang Permohonan.
3. Kad Kuasa sementara. (Kad Eksklusif akan diterima dalam 2 minggu)
4. Pelan Pemasaran.
5. Senarai harga produk.(kini terdapat 261 produk pelbagai jenis)
6. Senarai Cawangan, Pusat Jualan dan Stokis.
7. Sijil-sijil.
Photobucket
Keistimewaan menjadi ahli HPA:
1.Yuran keahlian RM30.00 (Tiga Puluh Ringgit Malaysia sahaja) seumur hidup.
2.Kit ini boleh dibeli melalui pengedar-pengedar HPA,Cawangan HPA, Stokis HPA.
3.Katalog berjilid.
4.Perniagaan ini boleh diwarisi.
5.Peluang menikmati pelbagai bonus dan insentif yang disediakan. Terdapat 11 ganjaran bonus hebat dari HPA.
6.Diskaun harga untuk semua produk dari 20% – 25%.
7.Peluang menambah ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi, kiropraktik, ilmu diagnos penyakit melalui tapak tangan, iridologi (anak mata), lidah dan denyutan nadi.
8.Pelan pemasaran yang begitu mudah adil dan sukses.
9.Berpeluang melabur dalam Koperasi Wahida HPA. Anggaran pulangan 10-25%.
10.Berpeluang menjana pendapatan 5 Angka menerusi Program Perkongsian Bijak Cemerlang HPA.
11.Dapat bersama-sama merpertingkatkan ekonomi Muslim

CaRi De IeMaN