aSSaLaMuaLaiKuM..WeLCoMe To De IeMaN HeRbS..

PuSaT LaTiHaN DaN RaWaTaN HoLiSTiK NuRuL iMaN

PeRaWaTaN DaN PeRuBaTaN HoLiSTiK



@ SESI DIAGNOS DAN KAUNSELING

@ IRIDOLOGI (DIAGNOS MATA)

@ RAWATAN BEKAM AL-HIJAMAH (CUPPING - ANGIN DAN DARAH)

@ KIROPRAKTIK (RAWATAN TULANG BELAKANG)

UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN SILA HUBUNGI HJ. RAMLY 013-3713500 DAN PN LAINI 013-2219722 UNTUK TEMUJANJI..TERIMA KASIH

KuRSuS BeKaM aL-HiJaMaH DaN iRiDoLoGi

Photobucket

KuRSuS BeKaM aL-HiJaMaH

TaRiKH : aKaN DaTaNg

MaSa : 9 pagi – 5 petang

BaYaRaN : RM300.00 (YuRaN,SiJiL,SeT BeKaM DaN NoTa)

KuRSuS iRiDoLoGi

TaRiKH : aKaN DaTaNg

MaSa : 9 pagi – 5 petang

BaYaRaN : RM150.00 (YuRaN,SiJiL, NoTa, PeNLiGHt, CaRTa MaTa & MaKaN TeNGaHaRi)

TeMPaT: - JiKa BeRMiNaT uNTuK MeNYeRTai KuRSuS..SiLa eMaiLKaN oR MSJ.. NaMa dan No. IC ke deiemanherbs@yahoo.com atau 013-3713500[HaJi Ramly Ahmad].. atau search facebook De Ieman
SiLa JeLaSKaN BaYaRaN DePoSiT RM50.00 SeLePaS BeRi NaMa DaN No.iC Ke aKauN [BiMB 12092020171412] [CiMB 14420070274524]

Monday, July 20, 2009

BeKaM aL-HiJaMaH

Mukaddimah

Apabila seseorang sakit, dia tidak sepatutnya berasa kecewa; sebaliknya hendaklah bersyukur kerana sakit adalah merupakan tanda kasih sayang Allah SWT kepada hamba-NYA. Pesakit hendaklah berusaha mendapatkan penawarnya dan mendapatkan rawatan yang sewajarnya kerana ia juga termasuk dalam ibadah.

Sabda baginda nabi Muhammad SAW, "Sesungguhnya Allah SWT telah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan untuk kamu bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Oleh kerana itu berubatlah tetapi jangan dengan yang haram".

Semenjak dahulu lagi manusia telah berusaha mencari kesihatan yang berkualiti dan umur yang berpanjangan. Sebagai ummat Rasulullah SAW, kita sangat beruntung kerana mempunyai contoh ikutan yang terbaik pernah dilahirkan di atas muka bumi ini iaitu Nabi Muhammad SAW. Sebagai rahmatul 'alamin, baginda Rasulullah SAW telah mengajar kepada ummatnya berbagai ilmu termasuklah ilmu perubatan yang selamat dan efektif.

Bekam

Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW. untuk ummat Islam. Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang merbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan selamat bagi ummat Islam.

Sabda Rasulullah SAW ; "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"(Riwayat Muslim)

Di dalam Shahih Bukhari, dari Sa'id bin Jubair R.A, dari Ibnu 'Abbas R.A, dari Nabi SAW, baginda bersabda; "Kesembuhan ada tiga perkara; minum madu, berbekam dan bakaran api. Tetapi aku melarang umatku melakukan pembakaran dengan api".

Bekam amat berkesan untuk melegakan atau menghilangkan kesakitan, memulihkan daya tahan tubuh (imuniti), mengembalikan fungsi fizikal biasa serta memberi harapan baru kepada penderita untuk terus berikhtiar mendapat perawatan. Bekam sangat sesuai dengan tujuan pengubatan Islam itu sendiri iaitu dapat mencegah dan merawat penyakit.

Tubuh yang sihat, fikiran yang sihat dan hati yang bersih adalah faktor penting di dalam hidup seorang individu muslim demi melaksanakan tanggung jawab kehidupan mereka sebagai hamba Allah SWT dan khalifah di atas muka bumi. Jika terlalu banyak kotoran yang mengandungi toksid dalam badan, ini akan menyebabkan penyumbatan dalam saliran darah; di mana sistem peredaran darah tidak dapat berjalan dengan lancar. Keadaan ini sedikit demi sedikit akan menggangu kesihatan, baik secara fizikal maupun mental seseorang. Seseorang itu akan merasa malas, murung, selalu merasa kurang sihat, cepat bosan dan cepat naik darah. Ditambah lagi dengan angin yang susah dikeluarkan, maka kita akan berjumpa penderita yang terganggu emosinya sehingga sampai tahap harus bertemu dengan pakar psikologi atau dotor rohani (ulama sufi).

Darah yang tersumbat harus dikeluarkan melalui berbagai macam cara, tetapi malangnya ubat-ubatan alopati tidak mampu bertindak demikian. Jadi kita harus mencari perawatan alternatif yang dapat mengeluarkan toksid tersebut dengan cepat dan selamat agar sistem imuniti tidak lemah dan tubuh tidak diserang penyakit. Bekam adalah satu cara yang amat berkesan untuk mengatasi masalah ini, malah proses penyembuhan penyakit dapat dipercepatkan jika disinergikan dengan herba-herba yang bersifat alami.

Berbekam dalam keadaan perut kosong adalah ubat, tetapi menjadi penyakit jika dilakukan dalam keadaan perut penuh. Allah SWT mewajibkan kita umat Islam untuk berpuasa dalam setahun selama sebulan dalam bulan ramadhan untuk menyucikan rohani, maka wajarlah umat ini untuk kembali mengamalkan sunnah berbekam sebulan sekali bagi membersihkan jasmani.

Waktu Berbekam

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21 bulan hijriah maka itu adalah hari-hari yang menyembuhkan segala macam penyakit".

Imam Sayuti RH berpendapat bahawa berbekam pada tanggal-tanggal seperti di atas memang baik bila badan dalam keadaan sihat, tetapi jika orang yang berkaitan sedang sakit atau sangat memerlukan perawatan dengan cepat, kita tidak harus mengikuti tanggal-tanggal tersebut.

Ibnu Sina di dalam kitabnya "Al Qanun fii Thibb" menyebut mengenai waktu yang terbaik untuk berbekam iaitu di antara jam 2 dan 3 petang kerana pada waktu tersebut saluran darah sedang mengembang dan darah-darah yang mengandungi toksid sangat sesuai untuk dikeluarkan.

Sebaik-baiknya sebelum berbekam, pesakit bertangas selama ½ jam kemudian direhatkan selama 15 minit dan diikuti dengan bekam.

Sebagai seorang herbalis Muslim, kita harus menolong mereka yang memerlukan pertolongan tanpa mengira masa, pangkat dan golongan dengan ilmu yang telah Allah SWT anugerahkan kepada kita. Berilah sentuhan-sentuhan ilahiah serta memohon kepada-NYA, kerana berbekam seperti juga meminum ubat hanyalah suatu cara pengubatan, sedangkan yang menyembuhkan adalah Allah SWT yang bersifat Asy Syafi.

Jenis-Jenis Bekam
Ada 4 jenis bekam:

1.Jenis Basah atau Bekam Darah:

Di sini permukaan kulit disedut terlebih dahulu, lalu dilukai menggunakan lancet (jarum tajam) kemudian sekitarnya disedut kembali untuk mengeluarkan darah kotor dari bawah kulit. Setiap sedutan dibiarkan selama 2 ~ 3 minit kemudian dibuang kotorannya. Darah yang mengandungi toksid kelihatan hitam pekat seperti jeli serta berbuih. Sedutan maksima pada satu-satu tempat adalah sebanyak 7 kali pada satu masa. Jarak waktu untuk mengulangi bekam pada tempat yang sama adalah 2 ~ 3 minggi. Bekas luka akan hilang dalam 2 ~ 3 hari jika diurut dengan Minyak But-But dan tempat sedutan tersebut tidak terkena air selama 3 ~ 4 jam selepas di bekam.

2.Jenis Kering atau Bekam Angin

Bekam kering bermanafaat untuk membuang angin serta melegakan sakit secara kecemasan tanpa melukai kulit. Cara ini amat baik bagi penderita yang tidak tahan sakit terkena jarum dan tidak kuat melihat adarah. Kulit akan kelihatan lebam selama 1 ~ 2 minggu. Di sini sedutannya hanya sekali dan dibiarkan selama 15 ~ 20 minit. Di sini sekali lagi Minyak But-But memainkan peranan penting untuk menghilangkan bekas-bekas lebam tadi. Bekam kering bukan sunnah Rasulullah SAW.

3.Jenis Bekam Luncur
Yang dimaksudkan bekam luncur adalah tubuh bahagian belakang dilumuri dulu dengan Minyak But-But lalu sedut di tempat yang telah dilumuri minyak, kemudian diluncurkan di tempat yang terasa sakit, ada angin dan berat, terutama di bahagian scapula. Bila tempat rasa sakit dan berwarna hitam dapat disedut, biarkan 2 ~ 3 minit dan dibuang darahnya. Prosesnya sama dengan jenis no. 1 .

4.Jenis Bekam Tarik
Jenis ini baik bila dilakukan di bahagian kepala terutama dahi. Caranya adalah lumuri dulu dahi dengan Minyak But-But, lalu sedut dan tarik-lepas, sedut lagi lalu tarik-lepas lagi, begitu seterusnya hingga kepala terasa ringan.

Persedian Sebelum Bekam

Kulit
Tempat yang hendak dibekam perlu dibersihkan dari segala kekotoran. Sekiranya tempat itu berbulu ia perlulah dicukur terlebih dahulu. Seeloknya mandi sekurang-kurangnya 1 jam sebelum pembekaman.

Usus
Sebelum pembekaman, usus perlulah bersih. Pada penyakit yang kronik, julap yang tidak berapa kuat atau yang diperbuat daripada herba dicadangkan pemakanannya untuk membersihkan usus pada malam sebelum pembekaman.

Diet
Mengambil makanan yang ringan sebelum pembekaman. Jangan terlalu lapar atau terlalau kenyang.

Tidur
Tidur yang mencukupi amat penting supaya berasa tenang semasa pembekaman.

Peraturan Selepas Bekam
@ Mandi selepas 3 jam, sebaik-baiknya dengan air suam
@ Elakkan senaman yang berat
@ Rehat yang secukupnya untuk 2 ~ 3 hari terutama pada mereka yang mempunyai penyakit kronik
@ Elakkan minuman sejuk

No comments:

MaRi BeRSaMa HPA

Photobucket
Senarai barang dalam Kit Niaga.
1. Fail Kit Niaga.
2. Borang Permohonan.
3. Kad Kuasa sementara. (Kad Eksklusif akan diterima dalam 2 minggu)
4. Pelan Pemasaran.
5. Senarai harga produk.(kini terdapat 261 produk pelbagai jenis)
6. Senarai Cawangan, Pusat Jualan dan Stokis.
7. Sijil-sijil.
Photobucket
Keistimewaan menjadi ahli HPA:
1.Yuran keahlian RM30.00 (Tiga Puluh Ringgit Malaysia sahaja) seumur hidup.
2.Kit ini boleh dibeli melalui pengedar-pengedar HPA,Cawangan HPA, Stokis HPA.
3.Katalog berjilid.
4.Perniagaan ini boleh diwarisi.
5.Peluang menikmati pelbagai bonus dan insentif yang disediakan. Terdapat 11 ganjaran bonus hebat dari HPA.
6.Diskaun harga untuk semua produk dari 20% – 25%.
7.Peluang menambah ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi, kiropraktik, ilmu diagnos penyakit melalui tapak tangan, iridologi (anak mata), lidah dan denyutan nadi.
8.Pelan pemasaran yang begitu mudah adil dan sukses.
9.Berpeluang melabur dalam Koperasi Wahida HPA. Anggaran pulangan 10-25%.
10.Berpeluang menjana pendapatan 5 Angka menerusi Program Perkongsian Bijak Cemerlang HPA.
11.Dapat bersama-sama merpertingkatkan ekonomi Muslim

CaRi De IeMaN