Hipertiroidisme adalah satu keadaan di mana kelenjar tiroid bekerja secara berlebihan sehingga menghasilkan sejumlah besar hormon tiroid. Kelenjar tiroid yang terletak pada pada bahagian depan leher mempunyai peranan penting dalam menghasilkan hormon yang bertindak untuk mengawal metabolisme dalam tubuh manusia.
Kelenjar yang berbentuk rama-rama ini juga berfungsi memastikan bahawa hormon tiroid yang dihasilkan dalam keadaan seimbang dengan keperluan tubuh. Ini adalah kerana sekiranya hormon tersebut tidak dihasilkan mengikut keperluan tubuh, ia boleh menimbulkan pelbagai masalah.
Gejala-gejala hipertiroidisme
- Penderita penyakit ini akan mengalami peningkatan fungsi tubuh yang tidak disangka seperti:
- Jantung berdetak dengan lebih cepat dan boleh mengakibatkan kelainan degupan jantung. Keadaan ini boleh menyebabkan jantung berdebar-debar (palpitation).
- Kecenderungan peningkatan tekanan darah.
- Berkeadaan panas walaupun berada di dalam keadaan persekitaran yang sejuk.
- Tangan akan menggeletar secara perlahan-lahan.
- Rasa letih dan lemah serta gugup walaupun sewaktu tidak melakukan sebarang aktiviti berat.
- Berat badan berkurangan walaupun selera makan bertambah.
- Sukar untuk tidur.
- Sering membuang air besar dan kadang-kadang akan disertai dengan cirit-birit.
- Terjadi perubahan pada mata; bengkak di sekitar mata, bertambahnya pembentukan air mata, radang dan peka terhadap cahaya.
- Bagi pesakit wanita, kitaran haid mereka akan terganggu dan menyebabkan pengeluaran darah haid yang berlebihan.
Punca-punca hipertiroidisme
Penyakit Graves, reaksi imunologis, tiroiditis, adenoma tiroid toksid dan pengambilan hormon tiroid.
Penyakit autoimun ini disebabkan oleh antibodi yang merangsang tiroid untuk menghasilkan hormon tiroid yang berlebihan. Penderita penyakit ini memiliki gejala-gejala khas:
- Seluruh kelenjar teransang sehingga kelenjar sangat membesar menyebabkan suatu benjolan di leher (goiter).
- Penonjolan kulit di atas tulang kering.
- Eksoftalmus (mata menonjol) – berlaku akibat dari penimbunan zat di dalam orbit mata. Ia boleh mengakibatkan salah satu atau kedua-dua belah mata terkeluar daripada soketnya. Keadaan ini boleh menyebabkan mata akan kehilangan kawalan otot-ototnya, penglihatan berganda dan boleh mengakibatkan hilang penglihatan.
- meletakkan kepala pada posisi yang lebih tinggi di tempat tidur
- menggunakan ubat titis mata
- tidur dengan kelopak mata tertutup dengan bantuan plaster
- mengambil ubat diuretik
- penglihatan berganda boleh diatasi dengan pemakaian kaca mata prisma.
Kebiasaannya mereka yang menghidap penyakit ini mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit ini. Nisbahnya dianggarkan lebih tinggi di kalangan wanita sebanyak 5 kali ganda. Penyakit ini juga boleh mengakibatkan warna kulit seseorang itu bertompok-tompok putih (vitiligo)
Rawatan alopati
1. ubat-ubatan alopati
2. pembedahan
3. penggunaan radioaktif iodin
Ubat-ubatan yang di beri dapat mengendalikan fungsi tiroid dalam masa 6 minggu hingga 3 bulan. Pesakit perlu mematuhi jadual pengambilan ubat-ubatan ini bagi memastikan penyakit mereka berkurangan. Bagaimanapun pesakit boleh menghentikan pengambilan ubatan ini selepas tempoh yang ditetapkan tamat. Biasanya pesakit tidak perlu menggunakan ubatan ini lebih daripada 2 tahun.
Ubat yang sering diberikan adalah propiltiorasil atau metimazol . ubat ini diberikan untuk memperlambatkan fungsi tiroid dengan cara mengurangi pembentukan hormon tiroid oleh kelenjar. Kedua-dua ubat ini diambil dengan cara ditelan, bermula dengan dos tinggi dan selanjutnya disesuaikan dengan hasil pemeriksaan darah terhadap hormon tiroid. Namun ubat-ubat yang diambil juga boleh memberikan kesan sampingan seperti alahan pada kulit dan menyebabkan ruam kulit, mual dan hilang rasa.
Ubat-ubat 'beta blocker' seperti propanolol membantu mengendalikan beberapa gejala hipertiroidisme. Ubat ini efektif dalam memperlambatkan denyutan jantung yang cepat, mengurangi gementar dan mengendalikan kecemasan.
Kaedah radioaktif iodin biasanya akan digunakan apabila pesakit gagal dirawat dengan ubat-ubatan. Melalui rawatan ini pesakit perlu minum radio aktif iodin sekali. Keberkesanan rawatan akan dapat dilihat dalamtempoh antara 3 bulan hingga 1 tahun.
Pada masa yang sama, pesakit juga perlu makan ubat-ubatnan. Namun dengan rawatan ini juga, pesakit boleh menghadapi masalah lain seperti kekurangan hormon tiroid.
Sekiranya pesakit terdiri daripada kalangan wanita, mereka tidak digalakkan hamil dalam tempoh 6 bulan kerana bimbang timbul sebarang kemungkinan yang berbahaya kepada bayi.
2 comments:
salam.. adusss pening ngan ubat nih, asyik telan ubt selalu
ermm .. sy ada satu soalan .apakah prinsip rawatan hipertiroidisme dengan radioaktif iodine .. ?
Post a Comment