Kulit berfungsi untuk melindungi badan daripada serangan virus, bakteria, kulat dan parasit, mengawal suhu badan, menyelenggarakan keseimbangan bendalir tubuh, terlibat dalam sintesis vitamin D dan sebagai organ perkumuhan badan melalui proses perpeluhan. Oleh itu, pengambilan nutrien yang sesuai dan amalan gaya hidup yang sihat adalah penting untuk memastikan fungsi kulit sentiasa terpelihara.
Didapati bahawa pendedahan kulit di bawah sinaran ultra ungu matahari untuk jangka masa yang panjang boleh menghasilkan radikal bebas yang berlebihan pada lapisan kulit. Radikal bebas adalah molekul yang sangat reaktif. Ia berupaya memusnahkan struktur membran yang mengelilingi sel kulit dan menyebabkan pelbagai masalah kulit termasuk kanser kulit.
Nutrien anti-radikal bebas
Ada vitamin dan mineral yang khusus seperti beta-karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang berupaya untuk meneutralkan dan menghentikan serangan radikal bebas pada kulit. Nutrien ini dikenali sebagai nutrien anti-radikal bebas yang banyak dijumpai dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Beta-karoten ialah pro-vitamin A yang berfungsi sebagai pelindung sel terhadap aktiviti radikal bebas. Sekiranya aktiviti radikal bebas tidak terkawal, hal ini akan menyumbang kepada terjadinya kegatalan. Kehangatan, kemerahan dan kebengkakan kulit. Kajian populasi manusia menunjukkan bahawa pengambilan lobak merah yang tinggi kandungan beta-karoten secara kerap dapat mengurangkan kejadian kanser kulit dan selaran matahari.
Sebagai salah satu antioksidan yang penting dalam tubuh manusia, vitamin C juga terbabit dalam penghasilan kalogen, juzuk protein yang berfungsi dalam pembinaan struktur kulit serta memastikan kelembutan kulit. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan kulit mudah kering, lebam atau luka, hilang kekenyalan dan luka sukar sembuh. Sumber utama vitamin C ialah buah-buahan seperti jambu batu, betik, limau, oren, nanas, mangga dan Roselle serta sayur-sayuran seperti brokoli, bayam, kubis dan kubis bunga. Secara umum, saranan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan iaitu sebanyak 5 hidangan sehari adalah perlu untuk memelihara kesihatan kulit dan sistem keimunan. Vitamin E pula berperanan untuk mengurangkan kekedutan kulit, garisan halus pada kulit dan mengawal kelembapan kulit. Pengambilan kombinasi vitamin C dan E adalah berkesan untuk menentang serangan radikal bebas pada kulit. Sumber vitamin E yang utama ialah minyak sayur-sayuran, minyak kekacang dan bijirin penuh.
Zink dan selenium adalah untuk mineral yang diperlukan oleh enzim antioksidan yang berfungsi untuk menghapuskan radikal bebas dalam tisu dan sel tubuh. Zink diperlukan oleh pelbagai enzim untuk menjalankan aktiviti yang membabitkan metabolisme, sistem keimunan, kesihatan kulit, rambut dan kuku, penyembuhan luka dan sistem pembiakan lelaki. Zink dan vitamin A bekerjasama untuk membantu dalam pengekalan kekenyalan kulit dan menggalakkan penyembuhan luka, manakala selenium menguatkan fungsi vitamin E dalam pencegahan kanser kulit.
Vitamin mudah termusnah oleh pengoksidaan, kandungan vitamin dalam makanan mungkin berkurangan akibat penyimpanan, pemprosesan dan haba ketika memasak terutamanya kaedah menggoreng. Kandungan zink dan selenium dalam makanan adalah berkait secara langsung dengan paras kandungan zink dan selenium dalam tanah tanaman. Diet harian kita biasanya kekurangan kedua-dua jenis unsur mineral ini. Hal ini adalah disebabkan oleh ketandusan tanah tanaman komersial pada masa kini. Selain itu, didapati bahawa kebanyakkan orang mengalami kesukaran memenuhi saranan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan WHO sebanyak 5 hidangan sehari. Oleh itu, pengambilan suplemen yang mengandugi beta-karoten, vitamin C, E, zink dan selenium adalah satu cara untuk memastikan badan kita memperoleh nutrien ini pada paras yang memadai.
Panduan penjagaan kulit yang sihat
1. menikmati pelbagai jenis sayur-sayuran, buah-buahan, bijiin penuh dan kekacang.
2. minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit dan fungsi normal kelenjar minyak.
3. mengambil makanan yang kaya dengan asid lemak perlu seperti minyak evening primrose, minyak biji labu, minyak biji flaks, minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak bunga matahari dan minyak ikan yang membantu dalam pembinaan semula sel yang rosak dan mengekalkan kelembapan kulit.
4. jangan merokok.
5. menggunakan krim pencegah sinaran matahari ketika berada di luar.
Terapi Bekam dan Urutan Kg Lebu Bentong
-
Bekam Hijamah
URUTAN Tulang Belakang, Pinggul, Sendi dan Saraf
Kembalikan dan penjagaan kesihatan kepada lebih baik dari sebelumnya.
(Sihat Secara H...
2 years ago
1 comment:
Assalamualaikum...
Di samping mengamal produk tersebut, anda digalakkan menambah dengan rawatan yg tiada kena mengena dgn pemakanan produk iaitu:
Rawatan Kecantikan Kulit
Semoga info ni membantu. Thanks.
Post a Comment