Pegaga atau nama saintifiknya Centella Asiatica merupakan salah satu ulam tempatan yang telah mendapat pengiktirafan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba berpotensi tinggi, kaya dengan pelbagai ramuan ubatan yang mempunyai keupayaan untuk menjana kecerdasan berfikir terutama di kalangan kanak-kanak.
Pegaga yang tergolong dalam famili Apiaceae, mengandungi lebih daripada 50 bahan kimia atau bahan aktif. Di antara bahan aktif yang terdapat dalam herba pegaga ialah:
1. Glycosides
- merawat luka luaran dan dalaman
luka dalaman dalam usus terjadi kerana makanan tidak dikunyah dengan sempurna semasa dalam mulut.
- melegakan peradangan
- ada kesan sedatif (pelali)
iaitu dapat meredakan sakit, ubat penenang jika diambil dalam dos yang banyak.
2. Asiaticoside
- antibiotik semulajadi (jus pegaga untuk meredakan batuk malam)
- merawat luka
- tibi / kusta (Health-B)
- merangsang pembentukan lipid & protin (kulit halus)
3. Brahmoside/Brahminoside (bahan kimia berkembar)
- pelancar kencing (diuretik)
herba bersifat diuretik juga mampu menurunkan kepanasan, anti hipertensi, mampu memecahkan batu karang.
Untuk atasi diuretic – banyak minum air untuk mengelakkan ‘dehideration’ dan sakit kepala.
Terapi Bekam dan Urutan Kg Lebu Bentong
-
Bekam Hijamah
URUTAN Tulang Belakang, Pinggul, Sendi dan Saraf
Kembalikan dan penjagaan kesihatan kepada lebih baik dari sebelumnya.
(Sihat Secara H...
2 years ago
No comments:
Post a Comment