aSSaLaMuaLaiKuM..WeLCoMe To De IeMaN HeRbS..

PuSaT LaTiHaN DaN RaWaTaN HoLiSTiK NuRuL iMaN

PeRaWaTaN DaN PeRuBaTaN HoLiSTiK



@ SESI DIAGNOS DAN KAUNSELING

@ IRIDOLOGI (DIAGNOS MATA)

@ RAWATAN BEKAM AL-HIJAMAH (CUPPING - ANGIN DAN DARAH)

@ KIROPRAKTIK (RAWATAN TULANG BELAKANG)

UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN SILA HUBUNGI HJ. RAMLY 013-3713500 DAN PN LAINI 013-2219722 UNTUK TEMUJANJI..TERIMA KASIH

KuRSuS BeKaM aL-HiJaMaH DaN iRiDoLoGi

Photobucket

KuRSuS BeKaM aL-HiJaMaH

TaRiKH : aKaN DaTaNg

MaSa : 9 pagi – 5 petang

BaYaRaN : RM300.00 (YuRaN,SiJiL,SeT BeKaM DaN NoTa)

KuRSuS iRiDoLoGi

TaRiKH : aKaN DaTaNg

MaSa : 9 pagi – 5 petang

BaYaRaN : RM150.00 (YuRaN,SiJiL, NoTa, PeNLiGHt, CaRTa MaTa & MaKaN TeNGaHaRi)

TeMPaT: - JiKa BeRMiNaT uNTuK MeNYeRTai KuRSuS..SiLa eMaiLKaN oR MSJ.. NaMa dan No. IC ke deiemanherbs@yahoo.com atau 013-3713500[HaJi Ramly Ahmad].. atau search facebook De Ieman
SiLa JeLaSKaN BaYaRaN DePoSiT RM50.00 SeLePaS BeRi NaMa DaN No.iC Ke aKauN [BiMB 12092020171412] [CiMB 14420070274524]

Monday, September 20, 2010

.. AIR OH AIR ..

Antara saranan asas yang sering diberikan oleh pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas atau 2 liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan.

Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan.

Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap 4 jam. Jadi buang air kecil 6 hingga 7 kali sehari adalah normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.

Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 mililiter air kencing.

Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter. Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil.

Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.

Minum air sekurang-kurangnya 5 gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45%, kanser payudara 79% dan kanser pundi kencing 70%.

Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman 47%, makanan 39% dan proses metabolime di dalam sel 14%.

Menurut pakar air bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.

Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air. Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).

Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen; apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan.

Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.

Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir epada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan 8 hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80% pesakit artritis.

Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan, membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan.

Badan kita membabitkan 70% air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat. Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.

Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas air kosong sehari.

Masalahnya, ramai orang keliru antara isyarat ’lapar’ atau ’dahaga’. Kekeliruan ini enyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini di terima otak.

Akibatnya berta badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.

Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.

Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.

Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak. Jika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan pembakaran tenaga.

Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk.

Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh minum sehingga 2 liter sehari, timbul kebimbangan erlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan perut berasa kembung.

Satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ’terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.

Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas 1 atau 2 kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.

Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlau banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu 8 hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.

Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya 2% boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.

Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.

Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai rehat yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapibmampubmeningkatkan tumpuan fikiran.

Badan kehilangan air melalui:

• Pernafasan (1 gelas air – 14%)
• Air kencing (5 1/2 gelas air – 50%)
• Peluh (2 gelas air – 34%)
• Najis (1/2 gelas air – 2%)

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas atau kira-kira 2 liter air sehari.

AIR TULEN

Air paip di negara kita dikelaskan sebagai air yang selamat. Ia bermakna ia boleh diminum terus tanpa perlu dimasak kerana dirawat dengan klorin yang membunuh bakteria dan virus.

Bagaimanapun, rawatan yang ada tidak dapat menyingkirkan bahan terlarut seperti bahan kimia, sama ada racun serangga, rumpai, cat dan ubat farmaseutikal, termasuk ubat penenang, jantung dan hormon seks.

Bagaimana bahan ini boleh masuk ke dalam air yang kita minum?

Bumi adalah satu sistem tertutup dan air yang ada di atas bumi wujud sejak zaman dulu kala lagi. Bahkan ia adalah air yang sama diminum oleh dinasour!

Dunia kita sangat kecil dan tanpa disedari semua orang di dunia berkongsi sumber air sama. Air yang dianggap kotor di Sungai Ganges di India mungkin tersejat menjadi titisan air di awan yang kemudian turun sebagai hujan di tempat anda. Jadi ini sebabnya kita perlu sama-sama menjaga kebersihan sungai dan semua punca air di negara kita supaya tidak tercemar.

Sedihnya, kajian menunjukkan sungai di Asia paling tercemar di dunia; mengandungi 3 kali ganda sisa manusia dan paras plumbumnya 20 kali lebih banyak berbanding sungai di negara maju (perindustrian).

Penyakit akibat air tercemar mudah merebak dan separuh daripada jumlah katil hospital di seluruh dunia di duduki pesakit yang mengalami penyakit bawaan air. Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini cirit-birit membunuh ramai kanak-kanak yang melebihi jumlah kematian akibat Perang Dunia Kedua.

Kandungan nitrat tinggi dalam air menyebabkan bayi baru lahir mengalami Sindrom Bayi Biru; yang mengurangkan kemampuan darah membawa oksigen. Bahan kimia arsenik pula dikaitkan dengan penyakit kanser paru-paru.

Penapisan air dan pengklorinan tidak dapat menyahkan arsenik daripada air. Malah, ada kajian menunjukkan mendidihkan air boleh meningkatkan kandungan arsenik dalam air masak.

Justeru, mendidihkan air dianggap tidak mencukupi untuk menjadikan benteng mencegah penyakit. Badan memerlukan air tulen yang bebas daripada bahan terlarut dan contoh air tulen ialah air hujan dan air daripada proses osmosis songsang.

Semua orang tahu buah pinggang adalah sistem penapis dalam badan. Kehadiran bahan asing dalam air minuman masuk ke dalam darah dan ditapis di buah pinggang untuk disingkir dari badan.

Lebih tinggi kandungan bahan asing dalam air minuman, lebih kuat buah pinggang perlu bekerja untuk menyingkirkannya. Lama kelamaan ia menyebakan kilang penapis ini letih dan alami kerosakkan.

Setiap 5 hingga 13 hari, air dalam badan diperbaharui. Jadi kita sentiasa ada peluang untuk membersih dan menyingkirkan bahan toksik berbahaya daripada terkumpul di dalam badan dengan minum air tulen. Air bersih boleh meningkatkan daya ketahanan badan dan membuatkan kita berasa lebih segar.

Ada yang mempersoalkan jika minum air tulen, kita tidak akan mendapat garam galian. Garam galian yang diperlukan badan adalah garam galian organik dan ia datang daripada makanan. Garam galian yang ada dalam air bukan organik dan tidak boleh diserap badan. Jadi, persoalan kekurangan air tidak timbul kerana kandungannya terlalu kecil; lagipun semua garam galian itu ada dalam makanan.

Pun begitu, minum air tulen saja tidak dapat menjamin tahap kesihatan anda bertambah baik kerana ia bergantung kepada 4 faktor iaitu pemilihan makanan, minuman, senaman dan kerohanian. Ini yang dipanggil penjagaan kesihatan secara holistik dan seseorang tidak mungkin hidup sejahtera jika 4 faktor berkenaan tidak simbang.

KANDUNGAN AIR DALAM BADAN MANUSIA
> DARAH - 90%
> HATI - 86%
> PARU-PARU - 86%
> BUAH PINGGANG - 83%
> OTAK - 80%
> JANTUNG - 75%
> OTOT - 75%
> SARAF - 75%
> KULIT - 70%
> TULANG - 20%

sumber: Metro Ahad, 24 Mei 2009

MaRi BeRSaMa HPA

Photobucket
Senarai barang dalam Kit Niaga.
1. Fail Kit Niaga.
2. Borang Permohonan.
3. Kad Kuasa sementara. (Kad Eksklusif akan diterima dalam 2 minggu)
4. Pelan Pemasaran.
5. Senarai harga produk.(kini terdapat 261 produk pelbagai jenis)
6. Senarai Cawangan, Pusat Jualan dan Stokis.
7. Sijil-sijil.
Photobucket
Keistimewaan menjadi ahli HPA:
1.Yuran keahlian RM30.00 (Tiga Puluh Ringgit Malaysia sahaja) seumur hidup.
2.Kit ini boleh dibeli melalui pengedar-pengedar HPA,Cawangan HPA, Stokis HPA.
3.Katalog berjilid.
4.Perniagaan ini boleh diwarisi.
5.Peluang menikmati pelbagai bonus dan insentif yang disediakan. Terdapat 11 ganjaran bonus hebat dari HPA.
6.Diskaun harga untuk semua produk dari 20% – 25%.
7.Peluang menambah ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi, kiropraktik, ilmu diagnos penyakit melalui tapak tangan, iridologi (anak mata), lidah dan denyutan nadi.
8.Pelan pemasaran yang begitu mudah adil dan sukses.
9.Berpeluang melabur dalam Koperasi Wahida HPA. Anggaran pulangan 10-25%.
10.Berpeluang menjana pendapatan 5 Angka menerusi Program Perkongsian Bijak Cemerlang HPA.
11.Dapat bersama-sama merpertingkatkan ekonomi Muslim

CaRi De IeMaN