aSSaLaMuaLaiKuM..WeLCoMe To De IeMaN HeRbS..

PuSaT LaTiHaN DaN RaWaTaN HoLiSTiK NuRuL iMaN

PeRaWaTaN DaN PeRuBaTaN HoLiSTiK



@ SESI DIAGNOS DAN KAUNSELING

@ IRIDOLOGI (DIAGNOS MATA)

@ RAWATAN BEKAM AL-HIJAMAH (CUPPING - ANGIN DAN DARAH)

@ KIROPRAKTIK (RAWATAN TULANG BELAKANG)

UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN SILA HUBUNGI HJ. RAMLY 013-3713500 DAN PN LAINI 013-2219722 UNTUK TEMUJANJI..TERIMA KASIH

KuRSuS BeKaM aL-HiJaMaH DaN iRiDoLoGi

Photobucket

KuRSuS BeKaM aL-HiJaMaH

TaRiKH : aKaN DaTaNg

MaSa : 9 pagi – 5 petang

BaYaRaN : RM300.00 (YuRaN,SiJiL,SeT BeKaM DaN NoTa)

KuRSuS iRiDoLoGi

TaRiKH : aKaN DaTaNg

MaSa : 9 pagi – 5 petang

BaYaRaN : RM150.00 (YuRaN,SiJiL, NoTa, PeNLiGHt, CaRTa MaTa & MaKaN TeNGaHaRi)

TeMPaT: - JiKa BeRMiNaT uNTuK MeNYeRTai KuRSuS..SiLa eMaiLKaN oR MSJ.. NaMa dan No. IC ke deiemanherbs@yahoo.com atau 013-3713500[HaJi Ramly Ahmad].. atau search facebook De Ieman
SiLa JeLaSKaN BaYaRaN DePoSiT RM50.00 SeLePaS BeRi NaMa DaN No.iC Ke aKauN [BiMB 12092020171412] [CiMB 14420070274524]

Tuesday, September 1, 2009

HIPERTIROIDISME

Hipertiroidisme adalah satu keadaan di mana kelenjar tiroid bekerja secara berlebihan sehingga menghasilkan sejumlah besar hormon tiroid. Kelenjar tiroid yang terletak pada pada bahagian depan leher mempunyai peranan penting dalam menghasilkan hormon yang bertindak untuk mengawal metabolisme dalam tubuh manusia.

Kelenjar yang berbentuk rama-rama ini juga berfungsi memastikan bahawa hormon tiroid yang dihasilkan dalam keadaan seimbang dengan keperluan tubuh. Ini adalah kerana sekiranya hormon tersebut tidak dihasilkan mengikut keperluan tubuh, ia boleh menimbulkan pelbagai masalah.

Gejala-gejala hipertiroidisme

  • Penderita penyakit ini akan mengalami peningkatan fungsi tubuh yang tidak disangka seperti:
  • Jantung berdetak dengan lebih cepat dan boleh mengakibatkan kelainan degupan jantung. Keadaan ini boleh menyebabkan jantung berdebar-debar (palpitation).
  • Kecenderungan peningkatan tekanan darah.
  • Berkeadaan panas walaupun berada di dalam keadaan persekitaran yang sejuk.
  • Tangan akan menggeletar secara perlahan-lahan.
  • Rasa letih dan lemah serta gugup walaupun sewaktu tidak melakukan sebarang aktiviti berat.
  • Berat badan berkurangan walaupun selera makan bertambah.
  • Sukar untuk tidur.
  • Sering membuang air besar dan kadang-kadang akan disertai dengan cirit-birit.
  • Terjadi perubahan pada mata; bengkak di sekitar mata, bertambahnya pembentukan air mata, radang dan peka terhadap cahaya.
  • Bagi pesakit wanita, kitaran haid mereka akan terganggu dan menyebabkan pengeluaran darah haid yang berlebihan.

Punca-punca hipertiroidisme
Penyakit Graves, reaksi imunologis, tiroiditis, adenoma tiroid toksid dan pengambilan hormon tiroid.

Penyakit autoimun ini disebabkan oleh antibodi yang merangsang tiroid untuk menghasilkan hormon tiroid yang berlebihan. Penderita penyakit ini memiliki gejala-gejala khas:
  • Seluruh kelenjar teransang sehingga kelenjar sangat membesar menyebabkan suatu benjolan di leher (goiter).
  • Penonjolan kulit di atas tulang kering.
  • Eksoftalmus (mata menonjol) – berlaku akibat dari penimbunan zat di dalam orbit mata. Ia boleh mengakibatkan salah satu atau kedua-dua belah mata terkeluar daripada soketnya. Keadaan ini boleh menyebabkan mata akan kehilangan kawalan otot-ototnya, penglihatan berganda dan boleh mengakibatkan hilang penglihatan.
Gejala-gejala pada mata ini boleh dikurangkan dengan melakukan perkara berikut:
- meletakkan kepala pada posisi yang lebih tinggi di tempat tidur
- menggunakan ubat titis mata
- tidur dengan kelopak mata tertutup dengan bantuan plaster
- mengambil ubat diuretik
- penglihatan berganda boleh diatasi dengan pemakaian kaca mata prisma.

Kebiasaannya mereka yang menghidap penyakit ini mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit ini. Nisbahnya dianggarkan lebih tinggi di kalangan wanita sebanyak 5 kali ganda. Penyakit ini juga boleh mengakibatkan warna kulit seseorang itu bertompok-tompok putih (vitiligo)

Rawatan alopati
1. ubat-ubatan alopati
2. pembedahan
3. penggunaan radioaktif iodin

Ubat-ubatan yang di beri dapat mengendalikan fungsi tiroid dalam masa 6 minggu hingga 3 bulan. Pesakit perlu mematuhi jadual pengambilan ubat-ubatan ini bagi memastikan penyakit mereka berkurangan. Bagaimanapun pesakit boleh menghentikan pengambilan ubatan ini selepas tempoh yang ditetapkan tamat. Biasanya pesakit tidak perlu menggunakan ubatan ini lebih daripada 2 tahun.

Ubat yang sering diberikan adalah propiltiorasil atau metimazol . ubat ini diberikan untuk memperlambatkan fungsi tiroid dengan cara mengurangi pembentukan hormon tiroid oleh kelenjar. Kedua-dua ubat ini diambil dengan cara ditelan, bermula dengan dos tinggi dan selanjutnya disesuaikan dengan hasil pemeriksaan darah terhadap hormon tiroid. Namun ubat-ubat yang diambil juga boleh memberikan kesan sampingan seperti alahan pada kulit dan menyebabkan ruam kulit, mual dan hilang rasa.

Ubat-ubat 'beta blocker' seperti propanolol membantu mengendalikan beberapa gejala hipertiroidisme. Ubat ini efektif dalam memperlambatkan denyutan jantung yang cepat, mengurangi gementar dan mengendalikan kecemasan.

Kaedah radioaktif iodin biasanya akan digunakan apabila pesakit gagal dirawat dengan ubat-ubatan. Melalui rawatan ini pesakit perlu minum radio aktif iodin sekali. Keberkesanan rawatan akan dapat dilihat dalamtempoh antara 3 bulan hingga 1 tahun.

Pada masa yang sama, pesakit juga perlu makan ubat-ubatnan. Namun dengan rawatan ini juga, pesakit boleh menghadapi masalah lain seperti kekurangan hormon tiroid.

Sekiranya pesakit terdiri daripada kalangan wanita, mereka tidak digalakkan hamil dalam tempoh 6 bulan kerana bimbang timbul sebarang kemungkinan yang berbahaya kepada bayi.

2 comments:

Maiyah said...

salam.. adusss pening ngan ubat nih, asyik telan ubt selalu

danielhazmin said...

ermm .. sy ada satu soalan .apakah prinsip rawatan hipertiroidisme dengan radioaktif iodine .. ?

MaRi BeRSaMa HPA

Photobucket
Senarai barang dalam Kit Niaga.
1. Fail Kit Niaga.
2. Borang Permohonan.
3. Kad Kuasa sementara. (Kad Eksklusif akan diterima dalam 2 minggu)
4. Pelan Pemasaran.
5. Senarai harga produk.(kini terdapat 261 produk pelbagai jenis)
6. Senarai Cawangan, Pusat Jualan dan Stokis.
7. Sijil-sijil.
Photobucket
Keistimewaan menjadi ahli HPA:
1.Yuran keahlian RM30.00 (Tiga Puluh Ringgit Malaysia sahaja) seumur hidup.
2.Kit ini boleh dibeli melalui pengedar-pengedar HPA,Cawangan HPA, Stokis HPA.
3.Katalog berjilid.
4.Perniagaan ini boleh diwarisi.
5.Peluang menikmati pelbagai bonus dan insentif yang disediakan. Terdapat 11 ganjaran bonus hebat dari HPA.
6.Diskaun harga untuk semua produk dari 20% – 25%.
7.Peluang menambah ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi, kiropraktik, ilmu diagnos penyakit melalui tapak tangan, iridologi (anak mata), lidah dan denyutan nadi.
8.Pelan pemasaran yang begitu mudah adil dan sukses.
9.Berpeluang melabur dalam Koperasi Wahida HPA. Anggaran pulangan 10-25%.
10.Berpeluang menjana pendapatan 5 Angka menerusi Program Perkongsian Bijak Cemerlang HPA.
11.Dapat bersama-sama merpertingkatkan ekonomi Muslim

CaRi De IeMaN