ANTIBIOTIK adalah kelas ubat-ubatan yang digunakan dalam mengubati penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kuman bakteria.
Antibiotik bertindak dengan cara membunuh bakteria (Bakterisid) atau merencat pertumbuhan bakteria (Bakteriostatik) bagi membolehkan sistem ketahanan tubuh memusnahkannya.
Penemuan dan penciptaan antibiotik bermula pada tahun 1935 dianggap sebagai ubat ajaib kerana dapat membunuh bakteria dan seterusnya menyelamat penduduk dunia daripada kesengsaraan.
Hasil penemuan ini didapati berupaya mengurangkan kematian manusia akibat jangkitan penyakit yang diperhatikan pada abad 18 hingga 20 apabila seluruh dunia mengalami masalah penuakit berjangkit yang serius seperti penyakit kelamin, penumonia, cirit-birit, meningitis, wabak bubonik, batuk kering, demam kuning, tifus dan taun yang telah membunuh jutaan manusia.
Bagaimanapun, pakar perubatan kini menjadi gusar kerana zaman keemasan antibiotik hampir musnah akibat rintangan bakteria terhadap ubat antibiotik.
Mengapakah masalah rintangan bakteria terhadap antibiotik menjadi begitu serius? Fenomena ini amat penting kerana apabila bakteria menjadi rintang atau tidak sensitif terhadap antibiotik tertentu.
Apabila ini berlaku maka ubat tersebut tidak lagi berkesan terhadap penyakit atau kelompok penyakit tertentu yang berlaku dalam sesuatu kawasan.
Rintangan
Masalah ini telah menyebabkan ramai pesakit gagal disembuhkan oleh antibiotik tersebut.
Rintangan bakteria terhadap antibiotik kini telah menjadi masalah utama di seluruh dunia.
Contohnya, dalam satu wabak tifus di India pada tahun 1989 yang melibatkan lebih daripada 500 kes, masalah rintangan kepada antibiotik utama (Klorafenikol) bagi penyakit tifus telah berlaku pada 83 peratus kes-kes tersebut.
Hampir setengah dari jumlah pesakit ini adalah kanak-kanak dan wabak ini telah mengorbankan 12 nyawa, 3 daripadanya adalah kanak-kanak. Masalah rintangan serta penyedaran bakteria rintang ke kawasan lain adalah amat membimbangkan.
Punca utama masalah ini adalah disebabkan oleh pengunaan antibiotik secara tidak rasional oleh pengamal-pengamal kesihatan atau pesakit seperti menggunakan penyakit yang tidak memerlukannya.
Sesetengah antibiotik pula diperolehi oleh orang ramai dari kedah farmasi komuniti atau sumber-sumber lain tanpa preskripsi atau nasihat doktor.
Perbuatan ini adalah menyalahi undang-undang. Kegagalan mengubati penyakit berjangkit menggunakan antibiotik pilihan akan membawa bencana kepada rakyat sesebuah negara.
Dalam hal ini, antibiotik memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan tahap kesihatan rakyat.
Tambahan pula, kebanyakan negara dunia sering diancam oleh penyakit berjangkit menerusi masalah kemiskinan, pemakanan tidak seimbang, sanitasi yang buruk dan keadaan kawasan perumahan yang tidak baik.
Justeru itu adalah disarankan supaya kedua-dua belah pihak iaitu pengamal perubatan dan orang ramai dapat mengamalkan cara penggunaan ubat antibiotik dengan betul.
Panduan
Di bawah ini adalah garis panduan umum untuk orang ramai semasa menggunakan antibiotik, iaitu:
1. Antibiotik hanya boleh didapati melalui preskripsi yang sah.
2. Antibiotik yang dipreskripsi hanya boleh digunakan bagi penyakit berjangkit yang dialami pada masa itu sahaja.
3. Makan antibiotik untuk tempoh yang disarankan hingga habis. Jangan berhenti mengambil ubat walaupun anda telah sihat.
4. Bagi antibiotik yang perlu diambil semasa perut kosong, ambil ubat 1/2 jam sebelum mengambil makanan atau 1 jam selepas makan. Ini adalah untuk memastikan keberkesanan ubat tersebut.
5. Antibiotik boleh mengakibatkan keracunan. Oleh itu, simpanlah semua ubat jauh daripada kanak-kanak. Jangan makan berlebihan. Buang semua kandungan ubat lama atau yang tidak diperlukan.
6. Antibiotik hanya berkesan jika diambil seperti yang telah disarankan oleh doktor atau ahli farmasi.
7. Berjumpa doktor atau ahli farmasi segera jika anda mengalami kesan sampingan semasa mengambil antibiotik.
Oleh Dr. Mohd. Izham Mohd. Ibrahim
Pusat Racun Negara, USM
Terapi Bekam dan Urutan Kg Lebu Bentong
-
Bekam Hijamah
URUTAN Tulang Belakang, Pinggul, Sendi dan Saraf
Kembalikan dan penjagaan kesihatan kepada lebih baik dari sebelumnya.
(Sihat Secara H...
2 years ago
3 comments:
Salam De Ieman..
Bila kita ambil antibiotik doktor suruh kita habiskan..knapa yer?..
wkmslm..
kebiasaanya..doktor beranggapan menggunakan antibiotik adalah yg tbaik krn mereka tak nak ambik risiko pesakit jd lbh teruk..
tp ia akan mgakibatkan kesan pd ms akn dtg..
Orait tq de iman
Post a Comment