Gout adalah penyakit yang biasa kita dengar. Pada zaman feudal di Eropah, dahulu ramai golongan bangsawan yang menghidap penyakit ini sehingga penyakit ini dikenali sebagai “disease of the king” atau kata lainnya penyakit orang kaya. Penyakit ini terjadi disebabkan oleh makanan yang mengandungi protein yang tinggi serta banyak mengandungi purina.
Makanan seperti daging, hati, limpa dan bahagian-bahagian organ dalaman yang lain haiwan ternakan mengandungi protein yang tinggi amat digemari oleh golongan atasan dan orang kaya sehingga menyebabkan penyakit gout.
Jika kita kerap memakan makanan seperti ini, besar kemungkinan kita akan mendapat penyakit gout. Selain daripada itu, pengambilan alcohol seperti bir, minuman malt dan makanan yang dihasilkan daripada kekacang juga boleh meningkatkan risiko seseorang itu mendapat gout. Ini disebabkan makanan seperti ini boleh meningkatkan tahap asid urik di dalam tubuh badan.
Di Malaysia kini, ramai rakyat terutama golongan lelaki menghidap gout. Ini disebabkan oleh mereka kerap memakan makanan yang tinggi protein seperti makanan daripada sumber daging dan organ-organ dalaman haiwan. Selain itu makanan dari jenis kerangan dan lain-lain makanan laut juga boleh meningkatkan risiko penyakit gout.
Mengikut kajian penyakit gout menyerang lelaki sembilan kali lebih kerap berbanding dengan wanita, ini kerana tubuh kaum wanita pada usia sebelum menopaus menghasilkan hormon yang dapat mengekalkan pengeluaran serum asid urik yang tinggi. Gout adalah penyakit yang disebabkan oleh metabolisme yang songsang oleh kerana terlalu banyak memakan makanan yang berasaskan sumber protein. Selain dari itu, tubuh badan juga akan mengeluarkan asid urik yang banyak jika kita kurang bersenam.
Bila asid urik telah berkumpul dengan banyak di dalam badan. Badan kita tidak dapat menyahkan asid urik melalui sistem urin (air kencing). Lama kelamaan tahap asid urik yang tinggi ini akan membentuk kristal di bahagian sendi. Jika pemakanan tidak diubah dan senaman dilakukan, asid urik ini membentuk kristal di sendi tulang akan mula menonjol dan boleh dilihat sebagai satu gumpulan pada sendi. Gumpulan pada sendi tangan dan kaki ini boleh merebak ke lain-lain sendi di seluruh badan.
Gumpulan pada sendi jika dibiarkan akan lama kelamaan menyebabkan rheumatoid arthiris dan radang sendi. Mereka yang menghidap gout akan merasa sangat sakit bila serangan ini merebak.
Risiko buah pinggang tidak berfungsi
Jika mereka yang menghidapi gout tidak mengubah cara hidup dan tetap mengambil makanan daripada jenis yang tinggi protein dan purina, akibatnya akan lebih teruk. Ramai pesakit gout akan menghidapi sakit darah tinggi dan batu karang pada buah pinggang. Jika keadaan ini berterusan tanpa usaha untuk mengubati, pesakit juga akan menghadapi risiko buah pinggang yang tidak berfungsi dan terpaksa bergantung kepada mesin dialisis.
Penyakit gout amat mudah diatasi jika kita mempunyai disiplin dari segi pemakanan. Amalan pemakanan sihat amat penting supaya kita dapat mengelakkan penyakit ini daripada merebak.
Kita perlu menukar cara pemakanan dengan melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengelakkan pengambilan makanan yang tinggi dengan protein seperti daging dan organ-organ dalaman haiwan ternakan seperti limpa, hati dan jantung.
Dengan mengubah diet lebih kepada sayur-sayuran dan buah-buahan, lama kelamaan kristal gout dapat dilarutkan dan dengan ini secara tidak langsung penyakit gout itu dapat dikawal dan diubati. Mereka yang menghidap gout juga perlu meminum air yang banyak iaitu 8 hingga 10 gelas (2-3 liter) sehari. Ini penting kerana dengan meminum air yang banyak kita dapat mengurangkan lebihan asid urik yang terdapat di dalam badan menerusi pembuangan urin.
Terapi Bekam dan Urutan Kg Lebu Bentong
-
Bekam Hijamah
URUTAN Tulang Belakang, Pinggul, Sendi dan Saraf
Kembalikan dan penjagaan kesihatan kepada lebih baik dari sebelumnya.
(Sihat Secara H...
2 years ago
1 comment:
salam kembara..
kebiasaannya pengidap gout ni pantang jumpa makanan yg sepatotnye dia kene berpantang..
ngee!
Post a Comment