aSSaLaMuaLaiKuM..WeLCoMe To De IeMaN HeRbS..

PuSaT LaTiHaN DaN RaWaTaN HoLiSTiK NuRuL iMaN

PeRaWaTaN DaN PeRuBaTaN HoLiSTiK



@ SESI DIAGNOS DAN KAUNSELING

@ IRIDOLOGI (DIAGNOS MATA)

@ RAWATAN BEKAM AL-HIJAMAH (CUPPING - ANGIN DAN DARAH)

@ KIROPRAKTIK (RAWATAN TULANG BELAKANG)

UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN SILA HUBUNGI HJ. RAMLY 013-3713500 DAN PN LAINI 013-2219722 UNTUK TEMUJANJI..TERIMA KASIH

KuRSuS BeKaM aL-HiJaMaH DaN iRiDoLoGi

Photobucket

KuRSuS BeKaM aL-HiJaMaH

TaRiKH : aKaN DaTaNg

MaSa : 9 pagi – 5 petang

BaYaRaN : RM300.00 (YuRaN,SiJiL,SeT BeKaM DaN NoTa)

KuRSuS iRiDoLoGi

TaRiKH : aKaN DaTaNg

MaSa : 9 pagi – 5 petang

BaYaRaN : RM150.00 (YuRaN,SiJiL, NoTa, PeNLiGHt, CaRTa MaTa & MaKaN TeNGaHaRi)

TeMPaT: - JiKa BeRMiNaT uNTuK MeNYeRTai KuRSuS..SiLa eMaiLKaN oR MSJ.. NaMa dan No. IC ke deiemanherbs@yahoo.com atau 013-3713500[HaJi Ramly Ahmad].. atau search facebook De Ieman
SiLa JeLaSKaN BaYaRaN DePoSiT RM50.00 SeLePaS BeRi NaMa DaN No.iC Ke aKauN [BiMB 12092020171412] [CiMB 14420070274524]

Monday, October 26, 2009

MaNFaaT TiDuR uNTuK KeSiHaTaN

Jangan pandang mudah pada keperluan tidur. Kadang-kadang orang salah anggap, tidur hanya membuang masa. Biar tidak cukup tidur asalkan masa terisi dengan kerja-kerja yang bertimbun. Hakikatnya selagi kita bekerja, kerja memang takkan habis. Setiap hari, pasti ada saja kerja yang perlu dilakukan.

Jika anda tergolong dalam golongan yang lebih senang mengabaikan waktu tidur untuk menyiapkan kerja, mulai dari hari ini buanglah tabiat tersebut. Memang baik jika kita focus pada kerja tapi biarlah berpada-pada. Masa tidur juga penting. Ini kerana, ketika tidurlah tubuh kita bekerja keras membaiki sel-sel dan jaringan tubuh yang rosak.

Otak juga sibuk mengisi ruang memori dengan berbagai-bagai hal yang telah anda alami dan pelajari sepanjang hari tersebut. Tetapi, tidur yang dimaksudkan ini tentulah tidur yang berkualiti. Tidur memberi manfaat pada organ-organ vital manusia seperti kulit, mata, otak, paru-paru dan jantung.

Kulit
Sepanjang waktu tidur, tubuh mengeluarkan hormon pertumbuhan manusia (human growth hormone) dan melatonin. Fungsi kedua-dua hormon ini berkait rapat dengan kecantikan dan kesihatan. Antaranya adalah untuk memperbaiki sel-sel tubuh, mencegah penuaan dan mengembalikan keremajaan kulit yang semakin haus. Kalau tidak percaya, bezakan kulit mereka yang sering tidak cukup tidur dan yang cukup tidur. Biasanya orang yang cukup tidur mempunyai kulit yang lebih bermaya, sihat dan segar berbanding mereka yang tidak cukup tidur kelihatan lebih tua dari usia dari usia dan lesu sahaja.

Mata
Mata merupakan organ pertama manusia untuk memulakan hari. Celik sahaja mata di awal pagi, cahaya terang yang masuk menerusi anak mata akan member signal pada tubuh untuk memulakan aktiviti dan rutin seharian.

Menggunakan organ ini seharian, membuatkan otot-otot di sekitar mata tertarik-tarik ribuan kali mengikut ekspresi wajah sama ada sedih, gembira, senyum, masam dan sebagainya. Itulah sebabnya, di sekitar mata lebih mudah dikesan kerutan-kerutan atau garis-garis halus menandakan bermulanya tanda penuaan.

Untuk mengelakkan mata anda ‘dihiasi’ garis-garis halus ini, berilah peluang pada mata anda untuk berehat secukupnya. Hanya melalui tidur, mata anda dapat berehat dengan baik.

Otak
Ketika kita tidur, beberapa bahagian tertentu dari otak akan bekerja dengan lambat. Ini kerana, metabolisme glukosa juga berkurang dan lambat. Namun, di bahagian tertentu, ada beberapa organ yang bekerja dengan aktif seperti, hormon-hormon yang ada di dalam otak. Hormon-hormon ini bekerja dan menyebabkan otak diperbaiki. Hormon kortisol, iaitu hormon di bahagian otak yang berhubung dengan stres dan mood, bekerja sangat aktif dari malam hingga ke pagi hari.

Tidur juga memberi peluang pada serebral korteks untuk memperbaiki fungsinya. Serebral korteks adalah bahagian dari otak yang digunakan untuk tugas-tugas menyimpan memori, visual atau membayangkan hal-hal yang sudah dilakukan sebelum tidur. Jadi, biasakan diri bangun di awal pagi untuk memudahkan kita berfikir dan menyelesaikan masalah kerana di awal pagi otak kita masih segar dan aktif untuk bekerja.

The National Sleep Foundation di Amerika Syarikat telah menemui fakta jika seseorang kurang tidur selama satu atau dua jam setiap hari, lama kelamaan fungsi otak akan rosak. Ubat mujarab untuk mengelakkan hal demikian berlaku hanya satu sahaja, iaitu tidur.

Paru-paru
Baik dalam keadaan jaga mahupun tidur, udara akan masuk ke dalam tubuh melalui mulut dan hidung, melalui saluran pernafasan dan akhir sekali ke paru-paru. Bila udara mengalir dengan baik ke paru-paru, fungsi organ ini akan terjaga dengan sempurnanya.
Menurut Dr. Olga Parra, dari University Hospital Barcelona, Sepanyol, kesukaran tidur boleh menimbulkan risiko strok. Penyebabnya, adalah gangguan berkala ketika mengambil nafas. Ternyata gangguan tidur merupakan gangguan pernafasan selama tidur kerana terhalangnya aliran udara yang masuk ke dalam paru-paru.

Untuk kekalkan kesihatan paru-paru anda, lakukan aktiviti apa pun agar tubuh yang aktif bergerak akan mencapai puncak kelelahan pada malam hari, sehingga waktu tidur lebih nyaman dan berkualiti. Masalah gangguan pernafasan sekali gus dapat diatasi.

Jantung
Jantung adalah organ vital yang tidak pernah berhenti berfungsi 24 jam sehari walaupun dalam keadaan tubuh berehat ketika tidur. Cuma ketika tidur tubuh akan melambatkan degup jantung secara automatik. Ketika itu pembuluh-pembuluh darah akan mengembang dan menurunkan tekanan darah.

Biasanya, tekanan darah akan turun di sekitar jam dua tiga pagi. Menurut pakar, biasanya serangan jantung boleh berlaku sekitar enam jam pertama setelah bangun pagi disebabkan oleh perubahan hormon yang berhubungan dengan degup jantung.

Tidur yang cukup akan memperbaiki mood tubuh pada hari berikutnya. Kajian menunjukkan apabila seseorang kurang tidur, tekanan darahnya akan naik dan dalam masa yang sama moodnya juga tidak berada dalam keadaan yang baik. Begitu juga dengan denyutan jantungnya. Tetapi, setelah mendapat tidur yang cukup, secara automatik semuanya kembali dalam keadaan yang normal.

No comments:

MaRi BeRSaMa HPA

Photobucket
Senarai barang dalam Kit Niaga.
1. Fail Kit Niaga.
2. Borang Permohonan.
3. Kad Kuasa sementara. (Kad Eksklusif akan diterima dalam 2 minggu)
4. Pelan Pemasaran.
5. Senarai harga produk.(kini terdapat 261 produk pelbagai jenis)
6. Senarai Cawangan, Pusat Jualan dan Stokis.
7. Sijil-sijil.
Photobucket
Keistimewaan menjadi ahli HPA:
1.Yuran keahlian RM30.00 (Tiga Puluh Ringgit Malaysia sahaja) seumur hidup.
2.Kit ini boleh dibeli melalui pengedar-pengedar HPA,Cawangan HPA, Stokis HPA.
3.Katalog berjilid.
4.Perniagaan ini boleh diwarisi.
5.Peluang menikmati pelbagai bonus dan insentif yang disediakan. Terdapat 11 ganjaran bonus hebat dari HPA.
6.Diskaun harga untuk semua produk dari 20% – 25%.
7.Peluang menambah ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi, kiropraktik, ilmu diagnos penyakit melalui tapak tangan, iridologi (anak mata), lidah dan denyutan nadi.
8.Pelan pemasaran yang begitu mudah adil dan sukses.
9.Berpeluang melabur dalam Koperasi Wahida HPA. Anggaran pulangan 10-25%.
10.Berpeluang menjana pendapatan 5 Angka menerusi Program Perkongsian Bijak Cemerlang HPA.
11.Dapat bersama-sama merpertingkatkan ekonomi Muslim

CaRi De IeMaN